
Adeii, baru nampak tadi di FB home feedback, ada pulak org panggil Tugu 1 Malaysia ni sebagai Berhala 1 Malaysia. Hmm, pa crita? Setahu saya, perkataan "berhala" ini digunakan sekiranya berlaku aktiviti2 pemujaan ke atas patung @ statue. Sekiranya Tugu 1 Malaysia ni dikatakan berhala, apa rasionalnya? Takkan org bersujud depan Tugu tu pastu berdoa, bakar2 colok, pasang2 lilin, letak bunga etc? Ermm, x mustahil perkara ini berlaku di masa hadapan tapi kenapa tidak dikaji dulu tujuan org menjadikan tugu ini sebagai "berhala"?

3rd situation, org2 yg meletak bunga @ lilin di kaki tugu peringatan. Kalau kamu tau nenek moyang kamu terkorban dalam perang kemerdekaan, dan kerajaan bina pula tugu bagi memperingati keguguran prajurit2 negara ini.... takkan kamu tidak menyumbangkan doa kepada roh nenek moyang kamu kan? Org lain pun begitu juga, dan sebagaimana sudah saya jelaskan di perenggan sebelum ini, ada org lebih selesa menyumbangkan doa di hadapan gambar/patung supaya mereka lebih mudah mengingati si mati & lebih fokus berdoa. Janganlah kamu cakap perbuatan ini menyembah berhala....
Perbuatan menyembah berhala ni melibatkan aktiviti pemujaan, siap dengan penyediaan makanan & minuman ke atas "semangat asing" yg di-doa kan tu. So melainkan kalau kamu nampak org bawak nasi ayam & air bandung sebagai persembahan doa di Tugu Negara tu, janganlah memandai tuduh org menyembah berhala. Suci murni niat org berdoa utk nenek moyang dorg yg terkorban semasa perang, senang2 pula kamu menuduh yg bukan2.
So, balik kepada subjek asal.... Tugu 1 Malaysia @ Berhala 1 Malaysia? Ada kamu yg pernah nampak org persembahkan makanan/minuman @ sembayang mintak nombor di Tugu tu? Kalau ada boleh share gambar? Sy mau tgk... baru percaya.
Comments