Tugu 1 Malaysia... eh! Berhala 1 Malaysia.. eh?!


Adeii, baru nampak tadi di FB home feedback, ada pulak org panggil Tugu 1 Malaysia ni sebagai Berhala 1 Malaysia. Hmm, pa crita? Setahu saya, perkataan "berhala" ini digunakan sekiranya berlaku aktiviti2 pemujaan ke atas patung @ statue. Sekiranya Tugu 1 Malaysia ni dikatakan berhala, apa rasionalnya? Takkan org bersujud depan Tugu tu pastu berdoa, bakar2 colok, pasang2 lilin, letak bunga etc? Ermm, x mustahil perkara ini berlaku di masa hadapan tapi kenapa tidak dikaji dulu tujuan org menjadikan tugu ini sebagai "berhala"?


1st situation, kamu melawat kubur kawan rapat yg sudah lama meninggal dunia. Kebiasaannya, pelawat akan membawa bunga @ lilin untuk disertakan bersama doa2 kepada si mati. TIDAK bermakna bunga @ lilin yang dibakar di pusara si mati itu menunjukkan bahawasanya si pelawat "menyembah" si mati..... kiranya bunga @ lilin tu sebagai 'buah tangan' & optional samada si pelawat mau bawa @ x.

2nd situation, org2 di gereja Sacred Heart KK tu. Kadangkala dorg keluar pastu sembahyang kejap di statue Mother Mary dekat main gate tu kan. Kebanyakan org bawa lilin untuk dibakar ketika sedang berdoa. Di sini, patung Bonda Maria itu bukanlah objek "berhala" kerana patung itu hanyalah sebagai peringatan kita kepada Bonda Maria, sebagaimana kita mengingati ibu kita ketika menatap gambar ibu. Doa di hadapan patung Bonda Maria ini juga optional, sesiapa sahaja yg lebih selesa berdoa tanpa perlu berhadapan dengan sebarang bentuk imej @ patung keagamaan bebas melakukan ritual agama mereka mengikut keselesaan mereka. FYI, patung Yesus Kristus di Rie de Jeneiro merupakan PATUNG PERHIASAN KEAGAMAAN yg terbesar di dunia! Maka jangan persoalkan "kenapa org Kristian tunduk dan cium patung Yesus itu?! Berhalakah mereka?", maka saya pun boleh pertikaikan "kenapa cium gambar makwe/pakwe kau? Berhalakah kau dengan makwe/pakwe kau?!"

3rd situation, org2 yg meletak bunga @ lilin di kaki tugu peringatan. Kalau kamu tau nenek moyang kamu terkorban dalam perang kemerdekaan, dan kerajaan bina pula tugu bagi memperingati keguguran prajurit2 negara ini.... takkan kamu tidak menyumbangkan doa kepada roh nenek moyang kamu kan? Org lain pun begitu juga, dan sebagaimana sudah saya jelaskan di perenggan sebelum ini, ada org lebih selesa menyumbangkan doa di hadapan gambar/patung supaya mereka lebih mudah mengingati si mati & lebih fokus berdoa. Janganlah kamu cakap perbuatan ini menyembah berhala....

Perbuatan menyembah berhala ni melibatkan aktiviti pemujaan, siap dengan penyediaan makanan & minuman ke atas "semangat asing" yg di-doa kan tu. So melainkan kalau kamu nampak org bawak nasi ayam & air bandung sebagai persembahan doa di Tugu Negara tu, janganlah memandai tuduh org menyembah berhala. Suci murni niat org berdoa utk nenek moyang dorg yg terkorban semasa perang, senang2 pula kamu menuduh yg bukan2.

So, balik kepada subjek asal.... Tugu 1 Malaysia @ Berhala 1 Malaysia? Ada kamu yg pernah nampak org persembahkan makanan/minuman @ sembayang mintak nombor di Tugu tu? Kalau ada boleh share gambar? Sy mau tgk... baru percaya.

Comments

Indhi said…
Good post:)
DearlyCleo said…
macam tugu berhala.hahaha