Halal ≠ serve no pork or pork free

As per the subject above, HALAL (dietary standard) isn't something that refers to the absence of pork alone. Ya, anteh tau, perkataan HALAL ni terkadang sudah terlampau sebati dengan pemahaman kita sebagai satu ungkapan yg merujuk kepada kondisi makanan yg bebas daripada penggunaan babi. Sampai ada peniaga nonMuslim berani claim yg juadah jualannya itu HALAL hanya kerana it's pork free. Anteh dulu pun berfikiran gitu juga, sampailah anteh sendiri berpeluang mengendali beberapa urusan permit untuk perlepasan barang di pelabuhan dengan Jabatan Haiwan. Btw jangan salah ya, Jabatan Haiwan bukanlah jabatan yg bertanggungjawab mengeluarkan sijil HALAL kerana itu kerja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun, utk memenuhi tuntutan inspection daripada kakitangan Jabatan Haiwan dalam usaha utk release barangan dairy/meat di pelabuhan, kesahihan semua sijil amatlah penting dan tidak boleh diambil mudah.

Tempohari anteh mendapat satu senarai barangan yg bakal tiba di pelabuhan milik satu syarikat pengendali makanan yg agak famous juga (rhymes with Dynamo😁). Salah satu bahan mentahnya melibatkan imported animal produk yg baru pertama kali dibawa masuk ke Sabah oleh syarikat ini. Oleh sebab anteh sudah biasa mengendali dokumen² mirip item yg sama, sekilas pandang mmg anteh rasa dokumennya sudah lengkap dengan salinan permit eksport, sijil MESTI KKM, dan juga sekeping sijil HALAL milik syarikat makanan tu. Oklah, anteh pun proceedlah buat permohonan permit import. Ingatkan dokumennya sudah lengkap... sekalinya pegawai Jabatan Haiwan minta sijil HALAL khusus untuk produk baru ini beserta dengan dokumen pembuktian kilang/ladang pengeluar produk ini yg diiktiraf oleh badan JAKIM/HCS. Anteh pun minta lah dokumen² ni daripada wakil syarikat makanan tu. Tapi memandangkan wakil syarikat tu pun orang baru sama mcm anteh (sama² clueless), maka anteh terpaksa minta penjelasan secara detail dari kakitangan Jabatan Haiwan tentang hal ni. Rupanya status HALAL ni bukan cincai k... 

Meskipun Syarikat A ada sijil HALAL utk berniaga, setiap barangan mentah yg mereka import utk digunakan dlm perniagaan juga harus ada sijil HALALnya sendiri. Dalam ertikata lain, kalau Syarikat A membeli produk bahan mentahnya daripada Syarikat B(luar negara), Syarikat A wajib ada salinan sijil HALAL milik Syarikat B, dan sijil HALAL Syarikat B ini mengandungi senarai untuk setiap item yg diiktiraf HALAL oleh badan Halal Certification Services (HCS) di negara tempat Syarikat B beroperasi. Bukti pembelian berbentuk Delivery Order di antara Syarikat A dan B juga harus ada bagi menjustifikasi status HALAL bahan mentah yg digunakan oleh Syarikat A. Dengan adanya dokumen² ini, barulah Jabatan Haiwan boleh approve permohonan import permit sesuai dengan maklumat isian borangnya. Ya, kalau memang barangnya nonHALAL, isilah pilihan nonHALAL dan kakitangan Jabatan Haiwan pasti akan check/approve juga permit import sesuai dengan statusnya. Masalah dengan Jabatan Haiwan ni cuma timbul bila status HALAL suatu animal produk tu tiada bukti justifikasi.

So, apa yg buat anteh bebel pasal HALAL ni? Pagi tadi anteh terbaca satu posting di salah satu grup Facebook yg anteh ikuti berkenaan dengan isu ini. Isunya ialah peniaga (nonMuslim) claim juadah jualannya itu berstatus HALAL kerana tiada sebarang penggunaan elemen babi dalam proses penyediaan juadahnya. First of all, HALAL is not a Malay phrase but rather an Arabic phrase that means "lawful and permitted as prescribed in the Quran". Therefore, a nonMuslim has no right whatsoever to use HALAL phrase for business purpose unless there's a Muslim (with credible authority) present to justify the claim. So, statement paling kuat yg boleh digunakan peniaga makanan nonMuslim when it comes to this issue is SERVE NO PORK or PORK FREE, cause using HALAL with no proper justification will be an act of overclaim. Kenapalaa kau bilang kau samak periuk belanga kau tiap pagi, beli ayam sembelihan Tok Haji, beli sayur dari Persatuan Petani Islam (persatuan rekaan semata² for means to deliver my point) dan pakai rempah ratus Pak Arab, tapi kalau kau tiada proper certification to justify your business as HALAL, kau still tidak boleh claim juadah kau HALAL. 

Tiada maksud sy mau menutup pintu rezeki peniaga makanan nonMuslim yg serve no pork, but please be sensitive on this HALAL matters ya. Kalau memang Tuhan sudah menentukan rezeki kita di sana, pasti ramai juga customer Muslim yg yakin mau support kita. Siapa tahu nanti bila customer sudah semakin ramai dan bisnes sudah layak utk diperluas lagi marketnya, maybe kita boleh proceed mohon sijil HALAL dari JAKIM as the next step, kan? Apapun, kita berniaga biarlah ikhlas, sentiasa open for criticsm dan buka minda seluasnya untuk ilmu² baru. Yang paling penting ialah sandarkan harapan hanya kepada Tuhan, kerana Dia tidak pernah mengecewakan! Toodiaa! Momen preaching kejap!

That's it for now, and see ya in the next post! Toodaloo, take care and have a good one!😁

Ps: PORK FREE tu sama maksudnya "bebas daripada penggunaan produk mentah babi" ya. Siapa yg cakap PORK FREE = PERCUMA BABI tu mmg cari hal minta ketuk kepala dari anteh!!

Click here for the Facebook post that inspired me to do this entry.

Comments