#Golddigger #trending #20k #prank

Social experiment katanya. Tapi tiada process outline; title, problem/purpose, hypothesis, variables, background research, design experiment, dan observation/data collection. Kalau tiada semua ini, jangan pandai² overclaim action kamu sebagai "experimen". Itu sama dengan situasinya bila kamu ajak classmate perempuan kamu kasi kawan kamu jalan pergi kedai, tapi kamu umum satu kampung yang kamu berdua dating.

Lagi pula, aksi begini merupakan aksi tempting (menggoda). Yang Kristian pasti pernah dengarlah ayat Matius 6:13 @ Matthew 6:13. Dalam Christian scriptures, siapa punya kerja yg suka menggoda/tempting? Belum² lagi dihakimi Tuhan, sudah mau jadi syaitan. Bila sy tulis gini, tiada maksud sy mau tunjuk kemunafikan diri. Sy pun manusia juga, tidak lari daripada kesilapan, tapi sy cuba sedaya upaya tidak corrupt org lain untuk menghakimi org lain. Setiap perasaan luahan sy itu ialah tanggungjawab sy sendiri, dan selepas sesi meluah sy selalu berpesan pada kawan, "Jangan pula kalau sy cakap gini, terus kau pula yg membenci ya. Ini masalah sy sama dia yg membebani emosi sy, dan tujuan sy meluah hanya sekadar mau melapangkan fikiran".

Sy pun bukan juga individu yg sok suci (bilang org Indonesia). Sy sendiri pun struggling juga untuk memperbaiki diri dan sudah semestinya sy juga punya aib sy sendiri. Syukurlah sejauh ini aib sy tidak pernah viral sampai buat sy tertekan sendiri. Namun sy bersimpati sama org di luar sana yg aib mereka dijadikan bahan eksploitasi youtuber (yg desperate mau jadi influencer) utk meraih view dan subscriber dan google payment. Justeru kalau ini tujuan Youtuber tersebut, apa bezanya mereka daripada org² yg diaibkan? Sudahlah tiru perbuatan syaitan, pandai² lagi mau menasihati org. 

*Kpd so-called prankster influencer*
Ya, kamu cakap wajah sebenar tidak kamu dedahkan. Tp kamu ambil kira kah perasaan tuan badan yg kamu aibkan tu? Sbb tuan badan tau itu isunya, dan tuan badan juga sudah pasti membaca komen dan responbalas kecaman daripada netizen. Lagipula, mustahillah dalam jutaaan rakyat Malaysia ni, tiada satu pun dari kalangan viewers yg kenal si tuan badan melalui suara, sosok tubuh, bahasa tubuh, pakaian etc? Ada fikir domino effect utk setiap action kamu ni? So please take into consideration semua ni. Temptation prank is not cool. Malar dari kemarin cerita 20k sampai niari RM250/kiss.

Tu saja bebelan anteh untuk hari ini ya. Anteh minta maaf andai post kali ini gagal menyentuh jiwa anak² jaman now, kerana anteh sesungguhnya memang sudah dalam fasa separa boomers pun. Apa pun, see ya on the next post. Toodalo, take care and have a good one!

Comments