Kenapa tidak dulu? Kenapa sekarang baru mau tuntut?



Kebiasaanlah org mcm ni. Time dia memiliki seketul batu yg tiada fungsi dan kebaikannya, dia ampai2 ja batu tu di merata tempat. Sekali org yg jumpa batu tu terjumpa intan zamrud di dalam batu tu, barulah tuan empunya batu sebelum tu terhegeh2 mau tuntut semula hak milik batunya tu. By that time mana sudah org mau kasi balik tu batu? Sebab dia kurik tu intan pun pakai alatan canggih & mahal. So, siou noh gaman. Your lost!



Gitu juga perihalnya dgn tanah Sabah ni. Diakui bahawa zaman kegemilangan Sabah ni baru2 ja naik, itupun selepas nama Sepilok, Sipadan, Pulau Tiga & Gunung Kinabalu feymes. Sebelum ni, Sabah hanyalah sebidang tanah yang luas dengan potensi yang terlalu sedikit untuk membangun menjadi prospek yang berharga. British beganti2 syif membanting tulang memajukan Sabah dari kurun ke-16 sampai kurun ke-19 pun tidak juga berjaya memajukan Sabah mcm Pulau Pinang, Melaka & Singapore. Even semasa Sabah masih di bawah kerajaan Brunei sebelum dan pada kurun ke-16 pun, memang Sabah ni langsung tiada prospek keuntungan. Itulah sebabnya Brunei tidak ragu2 bagi Labuan dengan British, dan juga Timur Laut Sabah kepada Kesultanan Sulu.

Bah, kalau kawan ko yg berpangkat YB bagi ko hadiah berupa sijil di atas pertolongan yang kau sumbangkan terhadap beliau. Apa yg ko boleh buat dgn sijil tu? Makan? Jual? Buat kuih? Baguslah kalau sijil tu boleh dibuat lapik meja, paling tidak pun sijil tu ko boleh gantung ja di mana2 ruang yg available dalam rumah ko. Kalau ruang gantung pun tiada? Paling2 sijil tu end up dalam personal file la. Kalau sijil tu hilang @ dimakan anai2 pun, kali ko tidak sedar jua tu. Salahkan diri sendiri tidak pandai pakai sijil tu. Jangan pula kalau si Anu guna sijil tu utk dapat kerja yg power2, ko pula mcm budu sana mau ikut si Anu kerja @ minta ampit gaji dia. Yg berusaha & kerja utk dapat post dan gaji hujung bulan tu si Anu, bukan ko. Ko tiada hak pun utk bagitau org lain bahawasanya si Anu tu dpt keja pasal sijil ko.

Bagi siapa2 yg ada belajar sejarah Sabah, tidak dinafikan Tanah Sabah ni suatu ketika dahulu dimiliki oleh 2 kerajaan iaitu Kesultanan Brunei dan juga Kesultanan Sulu. Itu pun kesultanan Sulu dapat Timur Laut Sabah sebab Brunei bagi. Berakhirnya takhta Kerajaan Brunei di tanah Sabah selepas Brunei memberi Labuan kepada British pada 1846. Bermulanya cerita British di tanah besar Sabah selepas Alex Dalrymple berunding dengan Sultan Sulu utk membenarkan beliau buat trading post di Kudat, dan Alex pun pasanglah bendera British di Kudat pada tahun 1761. Berakhir cerita Sulu di Sabah selepas pejuang Mat Salleh tumbang di tangan British pada 1900.


Walaupun kedengaran seperti Sulu masih berhak utk menuntut Sabah, tapi pada kurun ke-17, sekiranya suatu kerajaan berjaya memacakkan benderanya di suatu tempat, maka rasmilah bahawasanya tanah itu sudah menjadi milik mereka. Bah, sama la bah mcm kes Siam bagi2 tanah sama kerajaan lain dulu2, dan Brunei bagi Labuan sama British. Ada dorang bising2 mau tuntut balik? Tiada kan? Jadi napa pulak Sulu mau bising2 sekarang?

Tapi seperti yg sy sudah mention di post sebelum ni, kerajaan Malaysia ni cukup murah hati. Kerajaan Malaysia respect tuntutan penduduk asli Sabah dan juga tuntutan Sulu ni, so kerajaan Malaysia pun bayarlah duit sewa tiap2 tahun sama Sultan Sulu berjumlah RM5300. Sikit ko bilang? Cukup la ba tu, memandangkan kawasan Sulu di Sabah pun bukannya besar. Tula sampai sekarang sy tertanya-tanya basis pelipin mau tuntut Sabah. Kesian Tun Mahathir menanggung beban konflik politik dengan negara jiran.

Takkanlah sebab Sabah ni naik dari segi tourism prospect terus masing2 mau tuntut bahagian kan? Tourism Sabah ni pun belum cukup mature lagi. Masih banyak lg tempat2 yg perlu dimaju dan dibangunkan utk jadi sumber tourism yg bukan saja cantik, tetapi juga SELAMAT. Kalau tidak, matilah semua pelancong2 di Danum Valley tu kena malaria @ denggi. Matilah juga semua pelancong di Sipadan jadi mangsa lanun. Matilah pendaki gunung masuk gaung di Gunung Kinabalu. Haa, ingat senang mau kasi maju?

Yang kes si Datu Akjan pun 1 ba.. Adeh!! Bikin katawa betul!! Bijak siikit lagi Sultan Muhammad Fuad Kiram mengaku Sultan Sabah dekat Palawan sana. Yg si Akjan mengaku sultan di Kg Likas tu apahal? Perlu belajar Geografi & Sejarah lg beliau ni tau. Ingat pangkat "Dr" tu cukup utk org gerun sama ko? Doktor sekali pun, kalau tindakan mcm org teda sekola sama jua org tidak respect.

Buli rujuk sini kalau tidak yakin sama post sy. Text ijau sebab itu pendapat saya. Text bold sebab itu fakta. Text maroon sebab itu plausible fact.

Comments