Munchausen - Innocently Guilty

Macam sedap bunyi Munchausen kan? Pasti kamu semua teringat salah satu jenama biskut terkemuka di pasaran, "Munchy's". Wah! Tiba-tiba terasa lapar pula selepas taip perkataan "Munchy's" tu...

Hahaha... sebenarnya, Munchausen ialah sejenis sindrom atau pun gangguan psikologi. Secara umumnya, sindrom ini merupakan gangguan mental di mana si pesakit mahukan perhatian daripada orang ramai dengan cara berpura-pura sakit, mereka-reka cerita dan juga berpura-pura trauma, dengan tujuan untuk meraih simpati dan belas kasihan.


Nama bagi Sindrom Munchausen ini dipetik daripada nama seorang pencerita terkenal, Baron Munchausen yang terkenal dengan kisah hidupnya yang penuh dengan adventure yang luar biasa dan mustahil. Malangnya, tidak ada satu pun kisah hidupnya pernah berlaku dalam kehidupan realitinya. Nama "Munchausen" naik secara klinikal setelah Richard Asher mengambilnya bagi menggambarkan personaliti abnormal seseorang yang suka mereka-reka sejarah kehidupan, tanda-tanda fizikal dan juga simptom-simptom kesakitan melalui artikelnya di dalam Jurnal Perubatan British pada tahun 1951.

Walaupun penerangan umumnya tampak innocent dan tidak merbahaya, secara hakikatnya jumlah kematian yang dicatatkan yang berkaitan dengan sindrom Munchausen ini sangat tinggi bilangannya. Fakta yang lebih membahayakan ialah, mangsa-mangsa yang terkorban bukanlah si penghidap sindrom Munchausen itu sendiri, tetapi insan-insan di sekelilingnya, dan yang lebih mengejutkan lagi ahli keluarga si penghidap itu sendiri! Pasti kamu tertanya-tanya, bagaimanakah perkara ini mustahil dan bagaimana ceritanya?


Salah satu jenis sindrom Munchausen yang sering menyebabkan kematian orang lain adalah sindrom Munchausen by proxy (MBPS). MBPS biasanya dialami oleh golongan wanita yang bergelar ibu. Para ibu yang mengalami MBPS ini cenderung untuk menyakiti anak mereka sendiri atau pun kanak-kanak di bawah jagaan mereka bagi meraih simpati orang di sekelilingnya; termasuk para doktor, jururawat dan suami.

Salah satu kes ibu MBPS yang sering menjadi topik perbincangan ialah kes Tanya Reid. Penulis Gregg Olsen telah mengilustrasikan kisah benar yang ngeri ini melalui salah satu bukunya yang bertajuk Cruel Deception, dan seterusnya ditayangkan di televisyen; Secret Lives of Women - Munchausen Moms: The Tanya Reid Story. Tayangan ini telah dimainkan beberapa kali di saluran Bio di Astro.


Daripada buku Olsen dan rancangan dokumentari di Bio, diceritakan semula bahawa Tanya Reid merupakan seorang penghidap Sindrom Munchausen by Proxy, dan dipercayai telah mengalami gangguan jiwa ini sejak daripada awal zaman remajanya. Ketika berumur belasan tahun, seperti remaja lain yang seumur dengannya, Tanya telah bekerja sebagai seorang pengasuh muda di dalam kawasan kejiranannya. Pada suatu hari, seorang bayi dibawah jagaan Tanya mengalami masalah pernafasan terhenti, lalu Tanya menelefon talian kecemasan secepat yang mungkin. Bayi asuhannya itu terselamat dan hasil daripada tindakan Tanya, beliau telah dianugerahi Anugerah Jiran yang Baik daripada komuniti kejiranan dan juga badan undang-undang pekannya pada masa itu.

Namun, tidak ada sebarang syak wasangka yang timbul daripada insiden tersebut sehinggalah Tanya mula berumah tangga. Tiada sebarang kejadian buruk berlaku terhadap anak perempuan sulungnya, tetapi nasib tidak begitu baik kepada anak perempuan keduanya, Morgan Reid. Dari tahun 1983 hingga 1984, Tanya sering menelefon talian kecemasan dan mengadu bahawa anak kecilnya, Morgan telah mengalami masalah pernafasan terhenti. Kejadian ini sering membawa anak-beranak ini ke unit kecemasan (seperti lazimya) dan diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak hospital. Anehnya, doktor dan jururawat di situ berkata, ketika anak kecilnya itu sedang menangis dan meronta di katil wad, Tanya yang duduk hanya bersebelahan dengan katil anaknya itu tidak sedikit pun menoleh apa lagi bertindak menenangkan bayi yang berusia kurang daripada 9bulan itu. Kejadian ini berulang sehinggalah Morgan Reid meninggal dunia pada usia 9bulan pada bulan April tahun 1984.


Perkara ini bukan sahaja mengejutkan malah mengelirukan banyak pihak kerana setiap kali Morgan dibawa ke unit kecemasan, anak kecil itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Tambahan lagi, perkara ini hanya berlaku ketika Tanya berada di rumah bersama anak-anaknya, tetapi tidak pada ketika Tanya tidak bersama dengan anaknya atau pun berada di luar negeri.

Tidak lama selepas kematian Morgan, Tanya dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Michael. Sekali lagi perkara yang sama berlaku, Tanya dan Michael solah-olah telah menjadi "pelanggan tetap" hospital. Perkara ini telah mendapat perhatian pihak atasan dan seterusnya bertindak membuat siasatan lebih lanjut dan mendalam. Siasatan lanjut tersebut akhirnya mendapati Tanya Reid dengan sengaja menyebabkan masalah pernafasan anaknya sendiri dalam keadaan sedar. Laporan susulan daripada Bahagian Psikologi pula mengesahkan bahawa Tanya Reid merupakan penghidap Sindrom Munchausen by Proxy dan disahkan bahaya terhadap keselamatan masyarakat awam.

Hasil penemuan yang memeranjatkan ini telah menyelamatkan nyawa Michael Reid, seterusnya menyebabkan penahanan Tanya Reid yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama 40 tahun pada tahun 1996.

Semua kisah ada titik permulaannya, begitu juga dengan kisah Tanya Reid. Pada zaman kanak-kanak Tanya, beliau sering ditimpa masalah kesihatan dan dihantar ke hospital. Boleh dikatakan bahawa hospital adalah seperti rumah ke-dua Tanya dan keluarganya. Tanya memberitahu bahawa dia dan keluarganya lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di rumah, dan beliau sendiri mengaku bahawa ibu bapanya lebih mengambil berat tentang dirinya ketika beliau berada di hospital berbanding di rumah. Sifat hospitaliti kakitangan hospital juga telah membuat Tanya berasa senang dengan kehidupannya sebagai "penghuni tetap" hospital.

Semakin dewasa, Tanya mendapati agak sukar bagi dirinya untuk berpura-pura sakit apatah lagi mendapat simpati dan belas kasihan daripada orang lain. *Macam kita juga, kalau orang dewasa sakit paling tidak pun kita bagi panadol dan suruh jumpa doktor. Kalau kanak-kanak yang sakit, bukan main panik lagi kita!* Ini menyebabkan Tanya berpaling kepada kanak-kanak dan juga anaknya sendiri sebagai medium bagi meraih simpati dan perhatian yang diperlukannya.

Hah! Begitulah bahaya sindrom Munchausen ni bukan sahaja kepada si penghidap tetapi juga masyarakat di sekelilingnya. Ramai lagi penjenayah ibu MBPS ni sebenarnya. Antaranya Cynthia Lyda, Kimberly Sue Austin, Ellen Boehm, Marybeth Tinning, Susan Smith dll. Antara mangsa ibu Munchausen yang terkenal ialah penyanyi rap Eminem yang pernah mengilustrasikan kehidupan bersama ibunya melalui salah satu lagu hitnya, Cleaning Out My Closet.

Comments