Tidak seperti pengumpul yang biasa, pengumpul ekstreme ni boleh sesat di dalam rumah sendiri disebabkan keadaan rumah dorang yang penuh dengan barangan timbunan dorang sendiri. Tapi percaya ka tidak, perkara ini tidak berlaku atas kerelaan diri dorang sendiri. Kebiasaannya, hal ini berlaku disebabkan oleh tekanan jiwa dan perasaan yang dialami oleh si pengumpul.
Dalam post ini, saya akan memperkenalkan 2 kategori pengumpul, yang saya sendiri tidak pasti kelas/nama saintifiknya. Tapi bagi post ini saya akan kategorikan sendiri dengan nama Pengumpul 1 dan pengumpul 2.
Pengumpul 1 ni biasanya mengumpul kurang daripada 4 jenis benda. Di sini saya berikan contoh peminat superhero seperti superman, spiderman dan sebagainya. Si peminat superhero ini akan cenderung untuk mengumpul barang-barang yang berkaitan dengan minatnya saja, seperti komik-komik, figura superhero, DVD setiap episod dan mungkin juga permainan video superhero-superhero ini. Dalam rumah si pengumpul 1 ini, anda mungkin akan melihat himpunan barang-barang superheronya. Persoalan samada hasil kumpulannya tersusun atau tidak bergantung kepada sifat si pengumpul itu sendiri.Sifat dan perilaku pengumpul 2 ini seringkali menimbulkan masalah kesihatan yang besar bukan sahaja kepada si pengumpul sendiri, malahan juga kepada orang-orang di sekeliling si pengumpul tadi. Ini kerana sifat si pengumpul ini seringkali menjadikan rumahnya berkeadaan seperti tempat perlupusan sampah sarap. Hal ini bukan sahaja menyebabkan masalah keadaan persekitaran yang kotor, malahan ia menyumbang kepada masalah bau yang tidak menyenangkan dan juga habitat kepada hidupan liar yang merbahaya.
Sekiranya laporan daripada jiran tetangga terlalu serius sehingga mendapat perhatian daripada pihak kerajaan, kerajaan boleh memberikan amaran dan arahan kepada si pengumpul untuk membersihkan kawasan dan juga dalam rumahnya dalam kadar yang segera. Sekiranya gagal, rumah si pengumpul boleh dirampas oleh kerajaan. Kes-kes ini wujud di USA, namun nama-nama mangsa dan pengumpul tidak didedahkan di internet bagi menjaga kebajikan keluarga pengumpul tersebut.
Kalau kamu melanggan kabel TV Astro, maka bolehlah kamu menonton rancangan Hoarders, di saluran Bio pada setiap hari Khamis jam 10pm. Wah!!! Hari ni main pula!!!! Alaaa!! Mau tengok Ghostlab juga... huhu~!
Eh... eh... ok. Sekian laporan bebelan untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca!! Btw sy sengaja tidak post title ni dalam English, sebab berlambak daa isu Hoarding di internet dalam bahasa Inggeris. So, kalau rasa tidak puas hati dengan post ni pandai-pandailah kamu search sendiri aa. Daa~
Comments