David Caruso <- Sy minat dia!

Sekiranya kamu mengikuti siri CSI: Miami, maka kamu kenallah siapa David Caruso. Dalam CSI: Miami, dia memegang watak Lt. Horatio Caine. Saya tidaklah minat dia gila-gila sampai terjerit-jerit kalau nampak poster dia, cuma saya admire talent dia di dalam CSI: Miami.

Biasalah, kalau sudah minat, maka pandailah kita surf maklumat si artis ni baik di Google mahupun interview clips dia di Youtube. Tapi sekadar surfing maklumat di internet ni tidak memadai. Tengah hari tadi saya bertuah sebab dapat tengok rancangan biografi David Caruso di Channel Bio Astro. Memang kepuasan tahap angkasawan jejak kaki di bulan lah saya tadi. Heheh.. meh sini saya cerita pasal Pak Cik Caruso ni.

Si David Caruso ni sebenarnya memang dari remaja lagi sudah pasang cita-cita mau jadi pelakon di layar perak. Selepas saja dia habis sekolah pada tahun 1974, dia sendiri turun ke bandaraya New York dan menetap di sana demi melaksanakan impian dia. Oleh sebab penampilan dia ni tidaklah sehebat Leonardo Dicaprio atau Ben Affleck, maka dia terpaksa berusaha lagi keras untuk menonjolkan bakat dia di mana-mana audition pengambilan pelakon. Dia mula berlakon di dalam filem-filem bajet besar dan kecil HANYA sebagai watak minor. Kalau bukan watak samseng, dia pegang watak polis dan begitulah seterusnya kitaran kerjaya dia sebagai pelakon bermula tahun 1980 sampailah tahun 1993.

Klip daripada "An Officer and a Gentlemen"

Kalau kamu mau tau senarai wayang-wayang yang sudah beliau lakonkan, silalah rujuk di sini. Walaupun sudah banyak movie-movie yang dia lakonkan, nama dia tidak juga naik-naik. Well, begitulah nasib pelakon yang berjiwa besar tapi rupa tidak seberapa. Tapi tahun 1993 merubah nasib David setelah beliau ditawarkan berlakon dalam drama bersisi, NYPD Blue sebagai Det. John Kelly. Oleh sebab beliau sudah biasa berlakon dalam movie, dia jadi demanding sikit untuk terima tawaran berlakon dalam drama-drama TV, sebab dia rasa dia tidak setaraf dengan pelakon drama TV.

Walau macam mana pun, disebabkan dia betul-betul memerlukan kerja maka dia pun terima tawaran tu dengan berat hati. Dengan rasa demanding yang masih kuat di dalam diri, habis 1 set pelakon & pekerja dia susahkan dengan attitude dia yang sombong dan angkuh tu. Sampaikan ada satu ketika orang lekat "Mr Difficult" di kerusi set dia. Biasalah, pelakon muda yang belum matang kan. Tanpa diduga, tayangan NYPD Blue menjadi tayangan hit di seluruh dunia dan populariti si David ni pun meletup-letup macam popcorn. Demikian jugalah ego dan keangkuhan dia... T_T

Disebabkan bakat dan populariti beliau yang begitu menyerlah, maka datanglah tawaran filem mengetuk pintu nasib si David Caruso pada tahun 1994. Tajuk filem tu 'Kiss Of Death'. Dengan impian untuk menjadi movie star yang masih kuat dan teguh, beliau pun meninggalkan NYPD Blue, berserta statement "NYPD Blue will never success without me". Hah hah!! Sombong bergaya kan?! Dia fikir dia tu siapa?!
Langkah David Caruso meninggalkan NYPD Blue ternyata silap apabila 'Kiss Of Death' dinobatkan sebagai filem gagal sementara NYPD Blue terus naik dengan Jimmy Smitts memegang watak detektif menggantikan David. Kesilapan David Caruso ni terus diperkatakan selama bertahun-tahun dan digelar TV's Worst Career Moves. Tapi David tidak putus asa. Beliau terus mencuba untuk filem seterusnya, 'Jade' yang juga gagal meraih sebarang keuntungan mahupun kritikan yang membina.

Sejak daripada itu, karier David Caruso sebagai pelakon jatuh mendadak dan beliau jarang mendapat tawaran berlakon. Di sini bermulalah kejatuhan taraf pelakon David Caruso yang terpaksa menerima tawaran untuk berlakon di dalam watak-watak kecil filem mahupun drama.

Tahun 1997 merubah hidup David Caruso apabila beliau ditawarkan untuk berlakon dalam movie "Elmore Leonard's 'Gold Coast'" kerana buat pertama kalinya David menjalankan pergambaran luar daripada bandaraya New York, iaitu di Miami. Dalam movie ini David digandingkan dengan Marg Helgenberger, iaitu aktres yang memegang watak Catherine Willows dalam siri original CSI. Pergambaran 'Gold Coast' ini telah membuatkan David jatuh hati dengan bandar Miami dan bercadang untuk menetap di bandar eksotik tersebut.

Pada tahun 2001, David telah dijemput dalam suatu majlis makan malam artis di Miami, yang secara kebetulannya juga dihadiri oleh pengarah terkenal Jerry Bruckheimer. Tanpa pengetahuan David, Bruckheimer dan konco-konconya telah bercadang untuk membuat franchise CSI yang pertama, CSI Miami dan sedang dalam pencarian pelakon yang sesuai untuk memegang watak Lt. Horatio Caine. Pada malam itu juga, David Caruso juga telah diajukan dengan satu soalan tentang perasaannya terhadap "rumah baru"nya di Miami, lalu David menyampaikan perasaan suka dan cintanya terhadap "rumah baru"nya.

Melihat penyampaian hati dan jiwa David Caruso mengenai "rumah baru"nya, Jerry Bruckheimer dan konco-konconya saling menendang kaki di bawah meja dan membisikkan, "We got Horatio!!". Maka bermulalah sirna kejayaan baru David Caruso yang terpaksa menerima hakikat bahawa filem-filem Hollywood bukanlah platform kukuh bagi karier beliau sebagai pelakon.

Disebabkan kesukaran-kesukaran yang telah dialami David sepanjang tempoh penganggurannya, beliau telah menjadi semakin matang dan berwibawa. Dengan perwatakan baru David yang lebih merendah diri dan bertanggungjawab, David kini lebih disenangi. Apa lagi setelah David Caruso sendiri telah meminta maaf secara terbuka di atas statement beliau yang melampau terhadap NYPD Blue lebih 10 tahun yang lalu.
Ayat terakhir David Caruso di dalam rancangan biografinya di Channel Bio, "Not everybody gets a second chance, but when you got it be grateful and thankful with it." <-kurang lebihlah... =D

Ps: Ini cuma perjalanan karier dia arr. Saya kurang minat taip pasal kehidupan peribadi orang cos itu hak dorang.

Comments

Didz said…
I'm a big fan of csi, csi:ny and csi miami! Hehe
yup, saya pun suke horatio, ada watak yg berkarisma jadi bos dlm ceta tu.
Rungitom said…
One of the things I love about Horatio A.K.A David Caruso:

*Put on shades*

*(BG music) YEEEAAAAAAHHHH!!!*
ONN said…
Didz, true that! :)

Rungitom... YEEAAAHHHH!!!! XD
Anonymous said…
minat H..hehe..i love how he brought his chrcter in CSI:Miami..^^
Anonymous said…
sy ska H.....bezt lakonannya....ckup pndai dgn psycology.. :-)