Onn - Puasa?! Biar betul?!?!

OK, maybe kepada para Muslimin dan Muslimat tu rasa lame la baca tajuk ni, tapi bagi saya puasa tu memerlukan suatu keajaiban yang luar biasa utk sy sempurnakan. Saya adalah seorang Kristian, dan penglibatan saya dalam puasa musim Paska pun sangat terhad. Mengapa? Sebab nafsu makan tu bagi sy adalah satu nafsu yang sangat best untuk dilayan dan dinikmati.

Tapi last year saya join kumpulan Persatuan Mahasiswa Sabah untuk turun berbuka puasa di KL bersama dengan ketua menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman. Time tu memang best sebab bukan saja makanan yang disaji tu sedap2, malahan kami dapat duit raya RM50 setiap sorang lagi! Tapi apa yang sy mau high-light sini ialah isi kandungan ucapan ustaz yang berucap malam tu *sorilah ustaz, saya nda ingat nama ko*.

Antara inti ucapan beliau yang saya ingat ialah penjelasan beliau tentang alam dan fasa-fasa kehidupan manusia. Saya kurang ingat exactly apa phrase yang beliau guna-pakai malam tu, sebab beliau banyak menggunakan eskatologi Islam *cthnya word "barzakh"*. So saya hanya mampu share isi tapi eskatologi tu saya tidak ingat. Ustaz tu cakap pada fasa kewujudan manusia tu, ada beberapa alam yang si manusia harus lalui. Daripada yang paling first, Alam Roh dan seterusnya ialitu Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Sakaratulmaut, Alam Barzakh, akhir skali Alam Akhirat *wow! Amazingnya sy boleh ingat!! Pahal formula fiz susah betul mau ingat?!*.

Seterusnya Ustaz tu cakap ialah pasal puasa. Normally saya selalu dengar ceramah puasa pasal kewajipan berbuat baik dan bersederhana yang umat Islam harus tunaikan bagi meningkatkan ketakwaan masing2. Tapi apa yang Ustaz tu ulas malam tu was quite entertaining sebab dia ada selitkan beberapa lawak yang kena pada tempat dan waktu, contohnya pesanan beliau untuk jangan beli sejadah bergambar. Beliau cakap dulu fokus sembahyang dia hilang selepas anak dia kira bangunan di Mekah tu dan bertanya pasal tiang tu. Beliau juga ada berpesan supaya tidak memakai baju yang terlalu bercorak @ bertulis semasa bersembahyang di masjid, supaya perhatian jemaah yang lain tidak terganggu ketika bersembahyang. Lucu time tu!

Anyway, point yang beliau utarakan pasal puasa time tu ialah bagaimana seseorang manusia digalakkan untuk mengatasi setiap jenis nafsu kemanusiaan. Sebagai contoh nafsu duniawi, nafsu malas, nafsu seks dan sebagainya. Nafsu nombor satu yang manusia harus kawal ialah nafsu makan kerana nafsu makan mengatasi kekuatan nafsu-nafsu yang lain.

Bila difikirkan balik, ya kan. Nafsu merokok org boleh tahan lg. Nafsu tidur org boleh lawan lagi tapi nafsu makan dan minum? Sangat sikit org yang boleh lawan nafsu ini pada hari-hari biasa. Maka beliau pun cakap something yang saya tidak boleh lupa sampai sekarang, "Kalau kamu boleh mengawal dan mengalahkan nafsu makan, maka tidak ada perkara yang mustahil yang tidak boleh kamu lakukan".

Sepanjang 4 jam perjalanan balik dari KL ke UTM tu sy try analyze apa yang Ustaz tu cakap. Memang betul. Tapi bagi org yang punya selera makan dinosour mcm sy, memang mustahil untuk sy berpuasa. Even puasa dalam konteks Kristian pun sy selalu fail, inikan lagi puasa penuh cara org Islam? Tapi saya mau buat juga. Melawan malas bangun awal untuk makan, tahan lapar walaupun menjalankan rutin pelajar sampai jam 7++ pm.

Besok start puasa da, so saya sangat berharap sy dpt turut sama berpuasa. Boleh juga ambil kesempatan untuk mengurangkan berat badan kan? Hehe...

So kepada para Muslimin dan Muslimat, selamat berpuasa!!

Comments

ilhami said…
onn...i like ur story...
ya,puasa ni satu cara mengawal nafsu dan mendisiplinkan diri...=)
kita yg berlebihan mknn..
di tmpat lain,ramai yg kekurangan mknn...>;<
erma said…
goodluck onn! it might be tough pada permulaannya. but i'm sure you can do it (: