Kenapa org jahat lambat mati?

First of all, sy mau tekankan bahawasanya post ini tidak ada kena mengena dengan mana² insan yg masih hidup @ pun yg sudah meninggal dunia. Kalau ada yg terkena, sy anggap kebetulan saja la.

Anyway, kita selalu nampak insiden ni dalam rancangan telenovela di tv. Especially drama² bersiri Indonesia. Kadang kala kita geram tengok si penjahat maka terkeluarlah ayat mcm ni, "Hish! Liat ba juga penjahat ni mau mati! Mati saja la ba kau!"



Bukan di telenovela ja kita nampak insiden camni, malahan kita teradaptasi juga corak kehidupan dari telenovela tu di kehidupan realiti kita. Kadang kita gerigitan tengok org yg kita label "jahat" *yg sebenarnya, mungkin cuma kita ja yg nda suka* accomplish lagi banyak dr kita. Sampaikan kita monolog "Napa ba si badukang tu yg menang undi? Padahal dialah yg paling penjahat! Sy yg bagus ni pun nda pernah menang²"

Haha, apa boleh buat, taik kambing bulat², dijual di syarikat, satu sen satu ikat! Bilang budak² dulu. Saya pun ada juga perasaan mcm ni kalau rasa dengki melanda. Bukan sy mengaku baik, tapi saya kan manusia biasa. Mau praktis menyucikan hati nurani tu bukan senang. Ada juga part yg selack sana-sini. Saya teringat salah satu lecturer sy pernah cakap, kalau otak kita ni sentiasa belajar dan mengingat, ia dapat membantu kita untuk melambatkan proses penuaan scr dalaman. Itu sebabnya professor² di universiti, walaupun umur dorang sudah menjangkau 80-an, dorg masih tampak spt org dewasa dlm lingkungan 50-an. Sebab dorg tidak nyanyuk dan rasa awareness dlm diri dorg utk jaga kesihatan diri masih ada dan kuat.

Bandingkan dgn beliau² biasa kita jumpa, ada yg baru masuk 70-an, sudah nyanyuk. Untuk pengetahuan anda, sy pnh baca 1 artikel di Readest Digest yg ada sebut pasal pengaruh nyanyuk/amnesia ke atas jangka hayat seseorang individu. Tapi sy nda dpt bagi link cos sy fail mencari artikel tu.



Tapi sebagai pembayang, cuba kamu try 'lupa' makan ubat batuk time kamu batuk kronik, mesti tengah malam tu kamu rasa mcm mau mampos batuk² kan? Hah, begitu jugalah perihalnya kalau org nyanyuk. Dorg terlupa jaga kesihatan dorg, so kesihatan dorg jadi merosot dan akhirnya mengundang maut. Org nyanyuk ni tend to ingat memori² yg menyakitkan hati yg seterusnya lead kepada tekanan dan stress. Kalau seseorg individu tu selalu dilanda kemurungan dan stress, maka undangan utk tekanan darah dan serangan jantung pun akan terbuka luas. Thus lead to strok, sakit jantung dsb.

So, apa kaitan dengan statement "Org jahat lambat mati"?

Kan org jahat/antagonis dalam tv tu ligat saja fikiran dorg berjalan utk menjatuhkan si starring/protagonis. Walhal si starring, scene dorg kalau bukan bahagia dan tenang, stress menempuhi dugaan hidup. Sudah si starring hidup susah dan diburu masalah, maka si penjahat tu pun ketawa berdekah² dan hidup senang lenang. Dalam konteks jalan cerita mcm ni, otak si penjahat tidak berhenti memproses idea dan buah fikiran, thus menyebabkan dorg lambat nyanyuk dan hidup lama. Si starring pula? Haha, fikir² sendiri la ah.

Tapi yg bagusnya siri telenovela ni, semua ending dorg best². Hujung² si starring juga menang dan hidup happily ever after. Si penjahat pula, kalau bukan mati, kena tangkap polis. Itu pun selepas beratus² episod kita tunggu baru si penjahat kalah.

Dalam kehidupan realiti, jaranglah org dapat happy ending mcm dlm siri telenovela. Kadang kala pasal perbalahan nenek-moyang kita *yg kita sendiri nda tau yang mana antagonis @ protagonis*, generasi kita yg baru pun terampit juga masalah tu. Free² jak generasi baru terlibat dlm kisah "Forbidden love/friendship". Apa lagi kalau kita adaptasi masalah mcm ni dlm siri telenovela? Barangkali sampai 30-season pun konflik belum habis² lagi!

Aiish!! Keluar tajuk! Anyway, based on this inconclusive analysis, salah satu jalan terbaik utk panjang umur ialah? JADILAH ORG JAHAT!! Lol!

Ps: No lah. Jgn jadi org jahat. Nda baik. Living our life smart and careful with hard work will promise us a great future, and also the possibility of a long, healthy and happy life.

Comments

ONN said…
Thanks 4 reading joanna!!