I can speak 7 languages FLUENTLY.

No lah! Manalaa saya ada kebolehan macam miss world yang sampai boleh cakap 8-10 bahasa. Cukup memadai suda saya boleh cakap 3 bahasa, tapi kalau sampai 7-8 bahasa tu kira bonus lah. Apa yang saya mau tekankan dalam post kali ini ialah macamana saya rasa meluat dengan orang yang mengaku boleh berbahasa lebih daripada 4 bahasa dan buat publisiti murahan yang tidak seberapa.

Saya jeles? Jeles tu kali ada jugalaa sikit tapi yang menang rasa meluat yang terlampau melampau. Rasa meluat dengan orang-orang yang mengaku boleh bertutur dalam bahasa tersebut, tetapi hakikatnya yang basic2 ja dia paham mulai timbul lepas saya melalui satu situasi. Situasi ni saya alami together dengan classmate saya, Lydia Esther. Time tu kami attend seminar di campus, adalah kunun si polan ni mengaku dia boleh berbahasa mandarin level 1. Ni facilitator ni rasa peliklah cos BM ngan BI dia rated 5 so beliau pun bertanyalah macam mana sebenarnya level 1 ni sehingga layak dimasukkan ke resume. Skali ni ja dia cakap, "wo ai ni". Faci ni fikir ada lagi dia mau cakap so dia tunggu lagi kejap. Memandangkan suasana masa tu sunyi macam malaikat limpas, faci tu pun tanya la, "itu ja?". Maka si polan pun menjawab, "ya".

Adui, Tuhan ja tau macamana hati saya ketawa time tu. Kalau setakat itu ko tau, baik nda payah kasi masuk resume. Buat nyemak ja. Lagi satu insiden saya dengan kazen saya mansau di pekan, kazen saya ni terror berbahasa ntah-apaitu baru dia tejumpa dengan orang yang nda mau kalah juga mau berbahas. Kazen saja jawab melayu kena sound cakap bahasa tersebut. Skali kazen saya pun serlahkanlah keterrorran dia trus tediam si anu nda terjawab. Ujung2 tejawab juga dia melayu. Miahahah!!!

Pengajarannya ialah, janganlah mengaku ko boleh berbahasa lain kalau ujung kenyataan tu teda taraf FLUENT sebab kalau kena bantai bikin malu ba. Kalau mau juga menang gaya, cakap ja la yang bahasa tersebut tidak asing tapi bukan kebiasaan bahasa pertuturan. Kesian ba kamu ditertawakan. Saya tidak kasi ketawa orang aa, tapi tengok orang lain yang kasi ketawa kamu.... lucu!!! *Punyala menipu bilang nda kasi ketawa org!*

Comments

erma said…
hahaha
i was there tooooo. aku kan groupmate kau time tu. adoyai. sampai hati onn kau lupa sama aku. ptuts kawan 3 saat!
ONN said…
Eh!! Bukan lupa erma! X ingat!!! Hehehe... jangan ko gitu baa... putus kawan lg tu.... kecik ati...