Anonymous super hero muncul di Lembah Klang! KAPOWW!!

Gambar dan sumber diambil daripada akhbar Harian Metro m/s 11 (21/4/2010)

Look at that building! It's a bird! It's a banner! No!! It's Kapoww!!

Inilah fenomena super hero yang sedang berlaku di sekitar Lembah Klang setelah timbulnya tanda pelik secara tiba-tiba di pusat-pusat membeli belah dan di kawasan awam yang lain dan biasanya kelihatan pada waktu malam. Setiap malam ada sahaja kejadian aneh yang berlaku. Antaranya, seorang pegawai keselamatan yang sedang bertugas di tempat kejadian mengatakan bahawa beliau telah terdengar bunyi yang kuat daripada belakang bangunan. Apabila pengawal tersebut tiba di tempat kejadian, beliau mendapati 4 orang pencuri telah terikat di tiang tanpa kehadiran "penyelamat" di kawasan persekitaran. Malah ada sumber lain yang mengatakan, seorang pencuri motosikal telah dijumpai dalam keadaan tangannya digari pada tayar motosikal. Tidak lama selepas insiden-insiden ini, akan terpancarlah tanda pelik seperti di dalam gambar pada permukaan mana-mana pusat membeli belah yang berdekatan dengan tempat kejadian. Akan tetapi, masih tidak dapat disahkan samada tanda pelik ini bersangkut paut dengan "penyelamatan" yang telah dilakukan.

Wah! Nampaknya Malaysia sudah ada super hero misteri yang sedia berdedikasi untuk keamanan negara! Walau pun gerak gerinya seakan-akan seperti Batman, tindakannya cukup berani dalam berhadapan dengan penjenayah-penjenayah negara. Namun begitu, siapakah mereka? Apakah motif mereka? Benarkah mereka ini betul-betul pembela keamanan atau gimik semata-mata dalam mengaburi mata masyarakat? Semua ini masih menjadi tanda tanya dan sedang dalam penyiasatan.

Kewujudan "secret society" ini menimbulkan pelbagai spekulasi positif dan negatif di kalangan masyarakat. Ada segelintir daripada masyarakat yang menganggap insiden ini sebagai rekaan sekumpulan kanak-kanak nakal, kanak-kanak pula seronok dan menganggap mereka sebagai super-hero dan ada juga yang menyokong kegiatan ala hero ini dalam diam. Walaupun identiti dan kegiatan ini terus menjadi misteri, saya secara peribadinya berharap bahawa kehadiran mereka akan dapat membawa keamanan kepada negara, dan seterusnya membuka mata masyarakat dalam menyedari tanggung jawab dan peranan mereka untuk turut terlibat dan berganding bahu dalam mengekalkan keamanan, keadilan dan kemakmuran negara kita.

I think;
1st time baca keratan akhbar ni memang sangat melucukan la. Manalaa sangka wujud orang yang serius dalam menubuhkan secret society sendiri untuk keamanan negara kan? Anyway, kalau ada individu daripada Kapoww yang terbaca post ni, you have my credits and respect! Hopefully ni bukan gimik untuk pelancaran movie tempatan yang baru or whatsoever. I do hope this is real for goodness sake!!

PS: The phrase "kapoww" are normally use in the American comic book to represent the beating sound in words. Like "dush-dush!". Hopefully dengan adanya kumpulan hero ni, tidak pula wujud kumpulan villain yang kontra dengan misi Kapoww ni Cukup-cukupla kumpulan 6-jahanam tu dulu. Oh 1 more thing! Kalau tiba-tiba revealed yang insiden ni hanya gimik semata-mata *since Kapoww kan nama salah satu movie tempatan*, trus sy delete post ni dengan penuh dendam! Ngee~

Comments

Unknown said…
hee....mcm dlm wyg pla...