Hobbit - Homofloresiensis menyerupai manusia. Nenek moyang homo-sapiens?

Semalam ada buku National Geographic dijual di MPH Jusco Tmn U. Hot juga la head-line dia, "Hobbits, the living human ancestors found in Flores" kalau saya tidak silap tajuk tu. Mula² tu saya rasa mau beli cos sy memang minat Natinal Geographic controvesial findings, tapi bila saya compare harga buku tu dengan ketebalannya... macam tidak berbaloi pula. So, saya fikir better saya search internet ja kalau gitu. La pulak, cubaan untuk search internet gagal. Yang saya jumpa cuma findings article yang dulu² saya pernah baca. Hishy... trus rasa menyesal pula tidak beli.

Anyways, saya share dulu la apa yang saya tau pasal hobbits ni.


Awal millenium dulu, Professor Arkeologi, Michael Morwood bercadang untuk buat aktiviti menggali di satu gua di sebuah kepulauan Flores Timor selepas keputusan research mengenai asal keturunan homo-sapiens ni dikatakan bermula daripada pulau di antara Australia dengan Indonesia tu. Memang slow la proses pencarian dia tu cos orang² arkeologi ni, seboleh²nya tidak mau findings dorang rosak ketika ditemui. Maka, terpaksalah dorang gali slow². Mula² dorang jumpa gigi, pastu selang beberapa hari dorang jumpa tulang², senjata² kuno dan juga tulang² binatang lain termasuklah gajah, komodo dragon, dan sebagainya.

Selepas melalui beberapa cabaran kewangan, barulah dorang jumpa tulang-temulang yang seakan-akan seperti tulang manusia yang kecil. Daripada struktur tulang tu, dorang dapat kesan yang itu adalah rangka female, so dorang simpulkan bahawa rangka itu adalah milik seorang kanak² perempuan berumur tidak lebih daripada 3 tahun *berdasarkan kepada ketinggian yang kurang daripada 1 meter dan saiz tengkorak yang kecil. Kalau 'dwarf', rangka tu memang pendek tapi saiz tulang dan tengkorak menyerupai saiz rangka manusia moden.*

Setelah kajian lanjut dibuat, didapati bahawa tengkorak yang dijumpai tu mempunyai struktur gigi kekal yang sama seperti manusia dewasa moden, begitu juga dengan struktur tulang yang kuat menyerupai struktur rangka manusia dewasa moden. Disebabkan pada masa tu, watak 'hobbits' daripada filem Lord Of The Rings agak famous, maka para saintis menamakan rangka itu sebagai female hobbit. Disebabkan rangka itu ditemui di kepulauan Flores, maka spesis homo itu dinamakan sebagai homo-floresiensis. Maka, tersebarlah berita kontroversi penemuan yang mengesahkan bahawa penemuan itu mungkin bakal mengesahkan teori Darwin.

Kajian lanjut saintis mengatakan bahawa hobbit ni mempunyai saiz otak yang agak sama seperti otak Chimpanzee, struktur tulang tangan menyerupai manusia *tidak sesuai panjat pokok macam monyet* dan struktur otak yang lebih membangun jika dibandingkan dengan chimpanzee *struktur dibuat semula berdasarkan kepada keadaan tengkorak*. Namun, spesis ini diragui sebagai spesis nenek moyang kepada homo-sapiens kerana scientific dating ke atas tulang hobbit ini menunjukkan usia tulang ini berumur tidak lebih daripada 20 000 tahun. Ini sekaligus menolak teori Paul Mellars yang mengatakan homo-neanderthalensis sebagai spesis nenek moyang manusia yang terbaru dan paling latest iaitu 30 000 tahun sebelum wujudnya homo-sapiens seperti sekarang.

<-- Ni la Neanderthals konon²...

Seorang saintis arkeologi Indonesia, Teuku Jacob menjalankan eksperimen ke atas hobbit dan membuat kesimpulan bahawa ia merupakan rangka manusia moden yang mengalami kecacatan genetik sama seperti kecacatan manusia moden "dwarf". Namun kredibiliti beliau dipersoalkan setelah beliau didapati telah merosakkan rangka hobbit, malah turut manghilangkan beberapa cebisan rangka daripada penemuan tersohor itu. Lagipun, teknologi canggih kini juga telah dapat membuktikan bahawa rangka hobbit itu merupakan rangka wanita hobbit yang berumur dalam lingkungan usia 30-an ketika ia meninggal dunia.

Para saintis kaji purba mengemukakan teori bahawa hobbit ini gagal membangunkan struktur spesisnya setelah gagal keluar daripada pulau Flores disebabkan oleh keadaan laut yang merbahaya bagi sebarang spesis yang bersaiz kecil untuk keluar daripada pulau tersebut tanpa sebarang bantuan alatan yang sesuai. Seperti spesis moyang manusia, Neanderthals, rangkanya yang besar daripada saiz manusia moden membolehkannya berpindah-randah dan mengembangkan spesisnya.

Huh! Saya syok sendiri pula menaip crita hobbit ni! Tapi saya masih memburu peluang untuk beli buku National Geographic tu cos dalam buku tu ada diceritakan pasal penemuan Hobbit yang HIDUP. Saya pun mau tau juga samada hobbit ni boleh berkomunikasi atau tidak dengan manusia moden, whole physical look dia macam mana dan macam² la! Nanti kalau saya da beli saya bebel lagi pasal hobbit ni aa...

Until then! Bye~

Comments

StaindLee said…
hye onn!!
cool blog with detail analysis on the topic dat u like.. rjn ko buat research oo.. neway, i'll add u 2 my blogroll aite.. =)
ONN said…
oii stan! haha! add ja.. :)
nnt sy add ko juga! teda ba tu, saja hobi di masa lapang kalau malas study! hehe