Penggunaan "Allah" dalam Kristian. Mmg X patut!

Saya merupakan umat Kristian, Roman Katolik secara spesifiknya. Bahasa utama saya semasa berdoa adalah English dan jarang sekali dalam Bahasa Malaysia melainkan sekiranya saya berdoa bersama² dengan umat Kristian lain yang lebih senang menggunakan Bahasa Malaysia.

Mungkin isu ini sudah lapuk bagi kebanyakan daripada kita dan persoalan mengenai debat hak penggunaan ke atas perkataan "Allah" dikalangan orang Kristian sudah tidak menjadi isu lagi. Pun begitu, saya ingin mengambil kesempatan dalam blog ini untuk menyuarakan pendapat saya dalam isu lapuk ini. Pada saat awal timbulnya isu ini, saya kurang mengambil peduli kerana Bahasa Malaysia bukanlah medium utama saya semasa berdoa. Maka hal ini kurang menjadi isu kepada saya. Saya juga pernah sekali memandang remeh perkara ini kerana pada masa itu, saya berpendapat bahawa hal ini HANYAlah merupakan krisis penggunaan bahasa disamping pengaruh emosi/judgemental yang kurang pertimbangan serta maklumat yang mendalam.

Tetapi, setelah lama berfikir, mencari rujukan dan mempertimbangkan isu ini tanpa dipengaruhi oleh sebarang judgmental, saya berpendapat bahawa umat Kristian TIDAK sepatutnya menggunakan "Allah" sebagai menggantikan perkataan God dalam BM. Satu lagi ialah, penggunaan nama Nabi Isa sebagai menggantikan Jesus Christ dalam doa seharian termasuk cerita² alkitab juga adalah tidak patut. Kenapa?? Sebab...

Mungkin ada kebenaran di sebalik pendapat² pastor² Kristian yang mengatakan bahawa perkataan "Allah" dalam bahasa Arab bermaksud Tuhan, dan orang² Kristian Arab juga menggunakan perkataan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan. Namun, saya bersetuju dengan AB. Jalil Backer yang mengatakan "Allah" itu merupakan kata nama KHAS yang merujuk kepada Tuhan orang Islam. Kata nama KHAS bagi Tuhan dalam Kristian adalah Bapa, Yesus dan Roh Kudus dan BUKANNYA "Allah".

Jika anda merujuk kepada kamus dwibahasa dan juga mana² sistem penterjemahan online, perkataan "Allah" tidak berubah dari segi sebutannya dalam kebanyakan bahasa di dunia kecuali penulisannya. Pokoknya, "Allah" tetap merujuk kepada Tuhan maha Esa orang Islam. Tidak percaya? Kamu cuba try lah sendiri!

Secara logik akal pun, sememangnya penggunaan "Allah" dalam doa² orang Kristian adalah tidak berpatutan sama sekali! Our Father who Art in heaven = Bapa kami yang ada di syurga ≠ Allah Bapa di syurga. Kalau kita terjemahkan ayat terakhir tadi kepada English, ia sepatutnya berbunyi Our Father Allah in heaven. Jika kita mendengar tutur kata orang Islam yang berbilang bangsa, mereka tetap merujuk "Allah" sebagai Tuhan mereka dan bukan perkataan lain, Allah the Almighty. Umat Kristian dikalangan orang Arab pula menggunakan terma Allāh al-ʼAb yang bermaksud God the Father bagi membezakan penggunaannya daripada penggunaan orang Islam. Inikan pula kita *umat Kristian bangsa Malaysia* mahu menyamakan terma Tuhan Kristian kepada Tuhan orang Islam?

Penggunaan nama Tuhan Kristian yang diIslamkan, Nabi Isa juga tidak patut digunakan dalam amalan membaca doa² kerana menurut kepercayaan kita sendiri *umat Kristian*, Yesus Kristus adalah Tuhan dan BUKANnya Nabi atau Prophet. HANYA orang Islam menggelar Yesus Kristus sebagai Nabi dan BUKANnya orang Kristian. Saya tidak pernah sekali pun mendengar ungkapan Our Prophet, Jesus Christ melainkan Our Lord, Jesus Christ = Tuhan kami, Yesus Kristus.

Kenapa tidak dibiarkan sahaja penggunaan terma Bapa kami di syurga, Tuhan kami Yesus Kristus, Tuhan Bapa, Tuhan dan pengantara dan Yesus Kristus? Pada pendapat saya, perkara ini amat penting untuk difahami dengan lebih mendalam dan orang Islam berhak menuntut terma "Allah" di atas nama agama mereka. Ini kerana, sebagaimana kita enggan saudara seiman kita keliru dengan fahaman agama kita hanya disebabkan oleh penggunaan bahasa, sudah semestinya mereka *orang Islam* juga enggan saudara seiman mereka tersalah faham dan keliru dengan fahaman agama mereka.

Tujuan luahan pendapat ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan sebarang konflik agama, tetapi hanya luahan pendapat yang bebas daripada pengaruh emosi semata-mata.

Di sini saya sertakan sekali site article daripada akhbar Daily Ekspress mengenai isu ini.
http://img402.imageshack.us/img402/8228/allahxtuhankristian.jpg

Comments

Anonymous said…
nampaknya family u guna BI ye...

ok......I sebenar nya tak biasa BI ..I guna BM lg best....sebab? sy ialah penduduk asal malaysia (yang melebihi or melayu sendiri)yang mempunyai bilangan minoriti 0.5% dlm malaysia.

al-kitab dlm BI lebih ke arah american... cuba check kat depan di selaraskan oleh siapa?

keputusan mahkamah telah berpihak pd
kitaorg...yahoo! (Sori lah kawan..)
ONN said…
err... sorry, sy confuse dgn comment u.. anyway, ya. Sy pray in BI.

Sy x pasti bible mana u rujuk but biasanya catholic bible BM dicetak dan dijual daripada Indonesia, bible BI pula dicetak dan dijual daripada Fillipina or paling jauh pun Australia (tp dah stop lebih 2abad). BUKAN daripada AS.

Direct translated from Hebrew and Greek dan TIDAK ADA kena mengena dgn American...