Penderitaan penyediaan sampel untuk PSM...

Fuh!! Nda sangka pula sampai begini sy kena buat just utk menyediakan sampel saya. Sy kena cari paling kurang 5 jenis ikan yang selalu jadi menu masakan masyarakat tempatan, then sy kena hiris ikan tu sebelum keringkan. Since laporan 1 perlu disediakan dan dihantar sem ni juga, so sy nda dapatlah memenuhi 100% tujuan eksperimen saya untuk buat test on ikan-ikan dari kawasan perairan Sabah. Sy terpaksa beli saja ikan dari kawasan sini, Skudai dan proseskan ikan2 untuk menjadikannya sebagai sampel.

Membeli ikan tu nda jadi masalah since di Jusco Taman U tu ada saja jual ikan yang sudah sedia dipotong-potong. So, tidak banyak duit yang perlu sy korbankan untuk beli ikan. Adalah juga dalam RM15 jumlahnya semua. Sy beli 5 jenis ikan termasuklah Ikan Jenahak, Ikan Parang, Ikan Patin, Ikan Merah dan Ikan Tenggiri Batang. Sila rujuk gambar di bawah. Hehehe.

Ikan Parang (Chirocentrus Durah)


Ikan Merah (Symphorus Erythopterus)

Ikan Patin (Pangasius Sp.)


Ikan Tenggiri Batang (Scomberomorus Commerson)


Ikan Jenahak (Lutjanus Johnii)

Macam mana pun, saya admit, timing sy beli ikan tu perfect tp bila sudah sampai masa untuk menjemur tu timbul masalah. Ni sebab hari Jumaat, 18hb Sept 2009, cuaca mendung and kerap gerimis. So, kalau sy simpan ja ikan tu takut busuk pula besok. Mau nda mau sy terpaksa cari alternatif lain untuk meneruskan pembuatan sampel sy tu. So, sy decide utk stim ikan tu sebelum keringkan. Instrumen yg sy ada masa tu just kettle and 1 utas tali. Berkat idea yg datang ntah dari mana tu, dapat jugala sy stim ikan tu dengan jayanya, tp kettle sy sampai sekarang bau ikan. Even air minum sy pun ada sikit2 bau ikan tp telan ja la utk hidup kan?

Step seterusnya, menjemur ikan yang suda separa stim tu. Sebelum sy mula jemur, sy tengok banyak pula burung gagak di luar. Kucing pun lepak nda jauh dr spot untuk sy mau jemur tu. Maka terpaksala sy guna bekas biskut raya sebagai tempat menjemur tanpa sampel2 sy tu kena curi binatang2 yg x diingini. Agak berjaya juga walaupun bekas tu ada wap-wap air. Bau sampel tu jangan cakap la. Sy examine kejap sampel tu sehari selepas menjemur but hari Ahad barulah sampel tu betul2 kering di luar. But dalam dia masih lembabla. Sambil menahan bau yang teramat sangat daripada sampel tu, sy paksa juga diri untuk cincang2 isi ikan stim kering tu sampai hancur so dapatla sy buat pengeringan fasa ke-2... cheewah!! Gini rupa sampel2 sy selepas dihancurkan tu...
Ba... tu saja dulu ni. Sampel pun belum kering btul so blum boley cakap apa2 lg....

Comments