Tengok boleh, percaya jangan!

As per the subject above, memang itulah pesanan yang anteh mau sampaikan. Tapi kenapa? Mari anteh ceritakan sebabnya ya. Kira-kira 2 minggu sebelum PKP bulan Mac yang lalu, anteh telah join satu group discussion yang diadakan oleh satu kumpulan volunteer. Dalam kumpulan yang dihadiri seramai 22 orang tu, semua ahlinya merupakan penganut agama Kristian daripada ministries yang berlainan. Anteh merupakan antara ahli yang paling tua di sana (😭 dalam hati) namun anteh cuba untuk jadi open minded kerana tidak semua orang muda ni kurang matang (you'd be surprised by the things you learn from young people). Tapi malangnya apa yang terjadi pada hari diskusi yang lalu memang agak (sedikit) mengecewakanlah.

Anteh selitkan sedikit penerangan tentang volunteer group ni ya. Volunteer group ini dimulakan oleh Madam Christine pada tahun 2017. Asalnya, group ini bukanlah Christian based, namun setelah melihat kepada penyertaan yg sejauh ini hanya mampu menarik perhatian umat Kristian, maka Madam jadikan Christianity sebagai common ground untuk menyatukan semua ahlinya. Madam Christine berasal daripada Penang dan bergiat aktif dalam anonymous volunteering di seluruh Malaysia. Setiap tahun Madam akan berusaha untuk datang ke Sabah sekurang-kurangnya sekali untuk melawat anak (tunggal), menantu dan cucunya di KK, dan juga untuk mengendalikan volunteering projectnya di samping mau mengenali volunteers KK dengan lebih dekat. Biasanya Madam buat group discussion samada melalui Skype meeting, ataupun semasa lawatan dia ke Sabah. Goup discussion ini pun paling kerap diadakan sebanyak 3-4 kali setahun, dengan aktiviti kerja amal sebanyak 2-3 kali setahun bergantung kepada kelapangan Madam, bilangan jumlah penyertaan dan juga jumlah sumbangan daripada sukarelawan yang dikenali. Saya mengenali Madam pada tahun 2018 ketika beliau buat volunteering activity di HQE II sewaktu bapa saya ditahan di wad untuk menjalani rawatan jantung, dan saya telah volunteer untuk jadi driver selama hampir 2 tahun untuk kumpulan volunteer Madam. Biasanya group discussion ni dibuat untuk membincangkan satu projek baru, dan diakhiri dengan sesi makan-makan sebagai acara penutup sambil Q&A secara santai. Antara beberapa soalan lazim yang biasa diutarakan ialah "apa maksud trinity?", "kenapa Katolik mesti ada pope?", "kenapa Protestan tidak berdoa untuk bonda Maria?", "kenapa SDA dan TJC sembahyang hari Sabtu?", "kenapa SDA tidak makan babi?". Ya, these kind of  questions lah yang sering didengar sebab ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang church ministry yang berbeza. Tujuan sesi diskusi diadakan bukanlah untuk melagakan sesama umat Kristian, tetapi sebagai Christian based middle-ground dalam usaha untuk mendekatkan hubungan sesama ahli group walaupun daripada gereja yang berlainan. Because this is a volunteering activity, people come and go and sometime ada juga ahli yang on-off penyertaannya.

Anyways, anteh sambung cerita ya. Pada sesi diskusi yang terakhir, surprisingly ramai pula anak muda dalam lingkungan usia awal 20an jadi ahli baru. Walaupun sesi diskusi masa tu bertujuan untuk membincangkan tentang next "meals on wheels" project, ada jugalah diselitkan sedikit masa untuk Q&A during acara makan-makan. Sebagai ahli yang sudah hadir dalam 3 perjumpaan sebelum itu, I can pretty much guessed the kind of questions coming from the newbies. Namun apa yang agak mengejutkan anteh ialah jenis soalan yang diutarakan daripada kalangan ahli-ahli baru yang mana soalan mereka ini bukan saja non-bible related, tapi lebih berkisar kepada movie fandom theories sampai ada aggresive tone coming from the questioning newbies. "do Church of the Night realy exist?", "is it true that all hell will break loose if Satan betul-betul ada anak di dunia yang half-celestial macam si Jesus?", "how did the devil got Lucifer Morningstar as his name?", "what if the devil is just doing his job but not actually evil?"..... I mean, really? 

Although these questions seem legit, malangnya soalan-soalan ini datang daripada jalan cerita siri Netflix bertajuk Chilling Adventures of Sabrina, dan Lucifer. To this day anteh tidak faham kenapa newbies tersebut tanya soalan movie based in a religious meeting masa tu. Mungkin mereka keliru, mungkin juga mereka memang mau tau, tapi fandom sites dan FB fanpage kan ada. Bawak la soalan pasal movie di sana. Kalau iman kamu mudah goyah hanya kerana fiction religion theme movies, anteh nasihatkan supaya kamu jauhi diri daripada movie genre sebegini. Lucifer Morningstar is a DC movie character, if you believe in his character you might as well believe in Superman and Batman. Sabrina is a Netflix movie character, if you believe in her character you might as well believe in zombies and time travelling. Kenapa cuma select favourable info untuk dijadikan religious issues? Anteh tiada masalah sama orang yang meminati siri-siri ini, cuma anteh mohon agar kita semua siapkan fikiran dan hati sebelum kita enjoy movie-movie seperti ini. You don't discuss ideas you obtained from fictional movies in a religious meeting and make it a crusade against those who doesn't watch the show and have no biblical references to answer to your fandom inquiries. Movie makers sekarang nda cincai. Dorang buat deep research dan sisip references in movies to make it as real as possible. Kalau movie maker nda buat research, nanti banyaklah hasil-hasil movie yang banyak critical error (contohnya dalam hospital scene ada urine tube kena gam di tangan, iv tube jadi feeding tube, feeding tube jadi urine tube, hos siram bunga jadi breathing tube etc). As a fan to these fiction religion theme Netflix series myself, anteh berpendapat bahawa gaya fanatik sedemikian betul-betul bikin malu kumpulan!

Ini antara beberapa critical error dalam drama tempatan yang sempat mendapat perhatian netizen pada tahun-tahun lepas.

Apa pun, fiction religion theme movies are indeed fun to watch. Tapi, itulah... tengok boleh, percaya jangan!

That's it for today, see ya on the next entry. Todaloo, take care, and have a good one!

Ps: "Meals on Wheels 2020" was cancelled due to Covid19 pandemic, and replaced with "MCO Grocery Stewards" which took place in the early April until the mid of May. The initial plan was to carry out with the program throughout the PKP season, but due to the strict movement control order, only registered NGO are allowed to obtained mobility permission from the law enforcement, which left so many volunteer groups immobile and ceased to serve during the peak of PKP season.

Comments