Bukan soal racist @ berpuak.. just mau bagi jawapan precise and simple ba.

Di Malaysia ni ada 4 bangsa utama; Melayu, Cina, India dan Org Asli. Golongan bangsa pula cuma ada 2; bumiputra dan bukan bumiputra. Org Melayu dan juga suku-kaum dr negeri Sabah & Sarawak termasuk dalam kategori masyarakat bumiputra. Cina dan India pula merupakan masyarakat bukan bumiputera. Dan disebabkan definisi bumiputra tu agak general, maka org terpaksa bertanya "bumiputra apa?". Kalau jawapan yg diberi tu "Bumiputra Sabah". Soalan seterusnya mesti berbunyi gini, "Org apa?".



Bagi 3 bangsa utama di Malaysia, sebutannya cukup pendek. Seperti contoh; Me-la-yu @ Ci-na @ In-dia. Bagi suku kaum etnik di Sabah, sebutan bagi setiap puak bangsa pun sama ringkas juga; Ka-da-zan @ Du-sun @ Mu-rut dsb. Yg speselnya di Sabah ni, setiap kawasan di serata negeri Sabah dihuni oleh sekelompok besar org suku kaum tertentu. Seperti contoh majoriti org Kadazan menghuni Penampang @ Papar. Org Dusun pula menghuni Ranau, Tambunan, Kota Belud, Tuaran. Org Murut menghuni Tenom dll la.

Disebabkan common knowledge ni, org seringkali akan bertanya bangsa dulu dan flow soalan selalunya bercorak seperti dialog di bawah (berdasarkan pengalaman soal jawab di UTM Skudai).

Soal: Dari mana?
Jawab: Dari Sabah.
Soal: Org Cina?
Jawab: Bukanlah.
Soal: Oh, bumiputra?
Jawab: Ya. Bumiputra.
Soal: Kaum apa?
Jawab: Err, dusun.
Soal: Oh, Kadazan ya?
Jawab: Yup.
Soal: Habis tu napa jawab Dusun? Tak sama ke Kadazan Dusun?
Jawab: Ofcoslah sama. Beza kawasan tempat tinggal je.
Soal: Oh? Puak masih kuat ea?
Jawab: Tidaklah. Bangsa masih sama... bla bla.. mcm org Melayu KL dgn Melayu Kelantan.


Pakaian suku kaum Dusun di kiri, pakaian suku kaum Kadazan di kanan.

Hah, kalau mau sangat tau napa Kadazan beza dpd Dusun. Meh sini sy jelaskan sebabnya. Secara lahiriahnya, org Kadazan Dusun ni 1 bangsa. Bahasa tradisi pun 95% sama, kecuali sebutan sesetengah perkataan tu yang sedikit berlainan.

Contoh paling simple; BM sebut kerja, Dusun sebut karaja, Kadazan sebut Kalaja.
Lagi 1 contoh; BM sebut sungai, Dusun sebut bawang, Kadazan sebut bavang.
Contoh terakhir; BM sebut air, Dusun sebut waig, Kadazan sebut vaig.

Kalau mau lagi jelas dalam bentuk dialog, ni contoh simple.
BM: Siapa nama kamu"
Dusun: Isai ngaran nu?
Kadazan: Isai ngaan nu?

See? So argument pasal "Kadazan TIDAK sama dengan Dusun!" memang out of the question la. Kalau ada mana2 org Kadazan @ Dusun mau debat pasal isu ni, mmg gila la tu.

Tapi, kenapa saya selalu jawab diri saya ni Dusun dan bukan Kadazan? Antara sebab utama ialah perkataan "Dusun" tu lebih pendek dan mudah disebut daripada "Kadazan" *jan marah aa org Kadazan.. tapi yg betul ba. Apa lagi kalau mau sebut KadazanDusun. Laagi panjang!*. Lagi satu sebab ialah bahasa tradisi yang saya biasa dan faham hampir 80% ialah Dusun. Bukannya saya tidak faham Kadazan, tapi ambil masa utk sy interpret sebab saya jarang dengar org disekeliling saya bercakap Kadazan. Lagipun penguasaan bahasa Dusun saya agak terhad, so itu sebab saya saya kurang faham Kadazan.

Bagi org yg fasih berbahasa Dusun, mereka tidak ada masalah untuk digest bahasa Kadazan sebab sebutan saja yang berlainan. Pengolahan dan tatabahasa bagi kedua-dua bahasa masih sama. Sama la bah juga English (BI). Kalau penguasaan BI ko bagus, tidak kira samada BI England atau America, kamu tidak akan ada masalah memahami kedua-dua bahasa. Sebab secara dasarnya 2-2 pun English kan?

Terjadinya perbalahan antara kaum Kadazan dan Dusun suatu ketika dahulu kerana ada pihak tertentu yang mau suku kaum asli Sabah berbalah sesama sendiri supaya dorg ni boleh menguasai Sabah, dan seterusnya mahu merampas Sabah daripada pegangan kaum asli Sabah. Nasib baik Datuk Pairin naik masa tu, kalau tidak sampai sekaranglah org Kadazandusun ni hilang fokus kononnya mau mempertahankan status semata-mata.

Walaupun sehingga kini masih ada org Kadazan Dusun yang prejudis mengenai status bangsa, syukurlah sekarang minda masyarakat sudah semakin terbuka dengan lebih luas. Nama kaum @ bangsa kini hanyalah sebagai poskod tempat asal, dan bukan lagi status @ kasta masyarakat.

Kadazan, merupakan bangsa pribumi Sabah yang menduduki kawasan tanah rendah. Kawasan tanah rendah dahulu menjadi pusat dan tumpuan pembangunan perniagaan, dan banyak kedai-kedai telah diusahakan oleh peniaga Cina. Peniaga-peniaga Cina kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan demi status kerakyatan. Disebabkan kebanyakan masyarakat ini tinggal berdekatan @ di atas rumah kedai masing2, dan pengunaan bahasa asli juga dilentur sesuai dengan sebutan masyarakat Cina *pengurangan sebutan 'r' dalam pertuturan harian*, maka bangsa2 "kedai" ini disebut bangsa Kadazan.

Dusun, juga merupakan bangsa pribumi Sabah yang menduduki kawasan tanah tinggi. Disebabkan pengusahaan kawasan tanah tinggi pada masa dahulu kurang aktif, maka bangsa ini bergantung kepada hasil tanaman untuk menyara diri. Aktiviti berkebun ini telah menyebabkan bangsa ini disebut bangsa Dusun.

So, sebelum wujudnya Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dsbnya ni, apa nama masyarakat Asli Sabah sebenarnya? Cuma 1 saja jawapan yang betul. KDM dulu merupakan kaum Nunuk Ragang. Ada cerita kononnya 2 puak besar berselisih faham lalu membawa diri bersama pengikut masing2 ke arah bukit dan juga tanah rendah. Tapi hakikatnya, perpindahan kaum Nunuk Ragang ke beberapa daerah dan kawasan di sekitar Sabah berlaku secara semulajadi iaitu cara hidup nomad, perang puak dan juga sara diri.

Saya mengharap juga cerita kejadian 2 puak Kadazan dan Dusun ni sama hebatnya macam cerita kejadian org puteh England dan America dulu2. U know, cerita raja-raja yang meluaskan empayar dan cerita Christopher Columbus, dan juga cerita org USA yang dahulunya hanyalah pemberontak di bumi England yang dibuang ke benua baru, lalu berkahwin dengan puak dpd Atlantis semua... waa.. hebat cerita tu kalau kamu tau! Tapi saya masih bangga sama bangsa saya sendiri! I am a Dusun and am proud to be a Dusun!!

Anyway, saya sangat berharap tidak ada lagi masyarakat KDM yang masih memperjuangkan puak masing2. Sejak tahun 1963 lagi, rakyat Sabah sepatutnya sudah mula berfikir jauh ke hadapan untuk memajukan negeri dan bangsa Sabah. Ahli politik tempatan sekarang pun bukannya memajukan rakyat, tapi masing2 memperjuangkan misi peribadi. Sampai bila Sabah mau maju kalau mcm tu?

Comments

SteffianaJ said…
Saya Kadazan. Kadazan mana? Kadazan Penampang. Hahaha. Kita ni unik bah, tu la dorg bnyk tnya tu sbb dorg mau tau.

Psl puak ka x puak, d Sabah xda wujud tu perkataan 'puak' dlm dictionary kita pun. Semua samaaaaaa saja. I love Sabah!

Kin geram ni burung Twitter ko oh. Nasib xda lastik. Kalau ada, suda sa lastik tu :p
ONN said…
Stefi! Jan kama ko lastik tu.. endangered species tau ni...

Yup! Kita unik! Terpaksa explain briefly ni... da la sy bangsa yg malas mau elaborate.. adeh..
SteffianaJ said…
haha. alang2 bgs ko copy paste ja post ko p Wikipedia :)
Saya 1Sabah, sudah campur2 dengan Kimaragang, Cina and Lotud...hehe
Chell said…
Yup, sa pun tia tau apa yg mo dibeza-bezakan sedangkan dua-dua pun asal dari keturunan sama...

kadang2 ada yg menindas sesama sndiri....hadui...
ONN said…
@Stefi, segan pula mau buat wiki sendiri. Sy ni selalu kacau wiki entry org lain.. haha

@Zezebel, yaii kau sirurukut!! Tepa, mesti mau bangga jua ni jadi sirurukut. Nasib sy ada 5% ja chinese portion. Hahaha!

@Chell, ya ba kan. Hairan betul mentaliti org gini.
Pete Malone said…
Saya sukung ko 110%!!! Bapa saya urang Tambunan.... Dusun laitu kan.... mama saya urang Penampang, Kadazan lah apa lagi.... jadi, officially, saya ni KADAZANDUSUN, and I am DAMN proud of it! :)