Masuk guni, guling sendiri. XD


This news thread was scanned from the Sabah Daily Express newspaper, dated on 26th of May 2011, as the headline news. Right click on the image and select "View Image" to read the bigger image size.

Kepada org yg tetau cerita sebenar isu ni, meh sini sy share satu Hikayat Mereng Mahabasug. Wahahah! Adeh.. sendiri rasa lucu.. bahh!!


Anyway, seperti yg sudah 999 siarkan di Tv3 bulan2 lalu, mother of all problem di Sabah ialah kelimpahan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pasal kes jenayah yg menyusul di sebalek isu ni, lain cerita lagi. Sekarang sy mau taip pasal isu PATI ni ja k.


Sudah lama sebenarnya isu ni berlarutan, malah hampir setiap sidang parlimen yang disertai oleh menteri daripada Sabah, ada saja isu ni di dibangkit dan dibahaskan. Malangnya, kerajaan tidak dapat berbuat apa2 sebab lack of evidence dan juga kechampenan pihak tertentu dalam main cakap kek lapis dengan kerajaan. Maka kerajaan pun berlembutlah dgn pihak tersebut. Hah.. tengok bertapa baiknya kerajaan Malaysia ni!

Masalahnya, pihak tersebut tidak berdiam diri. Dalam pada kesibukan kerajaan mengurus hal-hal yang lagi penting, pihak tersebut pun sibuk menjalankan agenda tahunan dorg. Kali dorg ada sales target mcm tu kompeni insurans bah tu. Sedar2 ja kerajaan, "kawan" dorg mengangkat diri sendiri sudah di tanah si kerajaan ni sendiri.

Angkat diri mcm mana kamu tanya? Pada bulan Feb lalu, Datu Akjan telah menabalkan diri beliau sendiri sebagai Sultan Sulu di Kg Likas, Kota Kinabalu. Selepas menabalkan diri sendiri, dia juga minta supaya org2 berketurunan Sulu di Sabah tunduk hormat sama dia, BUKAN kepada Agong atau perlembagaan Malaysia. Kalau gitu, napa dia tidak angkut ja semua org Sulu ni balik di kepulauan Sulu? Sabah kan salah satu negeri Malaysia dan tabik HANYA kepada perlembagaan Malaysia, bukannya Sulu. Teda common-sense ka kau? Raja lawak kali tu kan? Eh! Sultan Lawak!!

Gini cerita lanjutnya, nama org yg masuk guni ni ialah Dr Datu Mohd Akjan B Datu Ali Muhammad dan nama diraja glamer dia ialah Sultan Shariful Hashim II. Dia tu ahli kuat UMNO di Sabah dan dulu dia pernah ditahan ISA atas kesalahan mengeluarkan IC palsu. Secara tidak langsung, status kerakyatan dia pun dipersoalkan. Tapi, pada masa tu tiada apa2 bukti menunjukkan yang dia ni bukan rakyat Malaysia. So dia hanya tanggung kesalahan yg ketara tu. TAPI, selepas dia sendiri 'masuk guni berguling sendiri' mengaku dia tu Sultan Sulu, maka terserlahlah status kerakyatan sebenar dia ni. Secara tidak langsung, kenyataan dia sendiri mendedahkan status PATInya di Sabah!

Ini la akibatnya kalau org kurang ilmu berangan mau jadi raja@sultan. Da la menumpang belas kasihan di tempat org dengan mendapat wang sewa tahunan sebanyak RM5300 setahun, mau try jajah tanah org lagi. Jangan ingat org dikeliling ko menyokong ko kaw-kaw, 1 negeri mau kasi kaw lg sokongan terhadap ko. Sabahan asli jauh lebih pintar dpd yg ko fikirkan. So, lupakan angan2 Mat Jenin tu dan silalah balik ke Sulu. :D

Link2 berkaitan ialah ini dan juga yg ini! XD

Comments