Pengumpul a.k.a penimbun berjaya!

Post ni bukan cerita pasal saya ok! Saya ni, setakat mengumpul 2-3 baris rak komik ok la. Tapi sekarang saya mau taip pasal pengumpul @ penimbun yang sangat extreme! Macam mana tahap ke-ekstriman dorang kalau kamu tanya, sampai mampu meragut nyawa diri dorang sendiri! Haa.. sampai begitu sekali tahap pengumpul ekstreme ni. Kalau orang puteh cakap, pengumpul @ penimbun ni ialah hoarders, dan sifat pengumpul ekstreme ni ialah hoarding syndrome atau pun compulsive hoarding.


Tidak seperti pengumpul yang biasa, pengumpul ekstreme ni boleh sesat di dalam rumah sendiri disebabkan keadaan rumah dorang yang penuh dengan barangan timbunan dorang sendiri. Tapi percaya ka tidak, perkara ini tidak berlaku atas kerelaan diri dorang sendiri. Kebiasaannya, hal ini berlaku disebabkan oleh tekanan jiwa dan perasaan yang dialami oleh si pengumpul.

Dalam post ini, saya akan memperkenalkan 2 kategori pengumpul, yang saya sendiri tidak pasti kelas/nama saintifiknya. Tapi bagi post ini saya akan kategorikan sendiri dengan nama Pengumpul 1 dan pengumpul 2.

Pengumpul 1 ni biasanya mengumpul kurang daripada 4 jenis benda. Di sini saya berikan contoh peminat superhero seperti superman, spiderman dan sebagainya. Si peminat superhero ini akan cenderung untuk mengumpul barang-barang yang berkaitan dengan minatnya saja, seperti komik-komik, figura superhero, DVD setiap episod dan mungkin juga permainan video superhero-superhero ini. Dalam rumah si pengumpul 1 ini, anda mungkin akan melihat himpunan barang-barang superheronya. Persoalan samada hasil kumpulannya tersusun atau tidak bergantung kepada sifat si pengumpul itu sendiri.

Pengumpul 2 pula biasanya mengumpul barang-barang mengikut kehendak dirinya tanpa mengambil kira sama ada barangan tersebut masih berguna atau pun tidak. Ini termasuklah barangan yang boleh dikategorikan sebagai sampah sarap, seperti contoh pen habis dakwat, kertas-kertas yang telah digunakan, bekas-bekas makanan dan sebagainya. Antara penyebab mengapa pengumpul 2 melakukan perkara ini ialah mereka ingin mengekalkan memori lepas melalui benda-benda yang "kekal" berada di dalam rumah.

Sifat dan perilaku pengumpul 2 ini seringkali menimbulkan masalah kesihatan yang besar bukan sahaja kepada si pengumpul sendiri, malahan juga kepada orang-orang di sekeliling si pengumpul tadi. Ini kerana sifat si pengumpul ini seringkali menjadikan rumahnya berkeadaan seperti tempat perlupusan sampah sarap. Hal ini bukan sahaja menyebabkan masalah keadaan persekitaran yang kotor, malahan ia menyumbang kepada masalah bau yang tidak menyenangkan dan juga habitat kepada hidupan liar yang merbahaya.

Nenek dalam gambar di atas ni, dia kematian suami. Dia ada masalah letting go of her husband, so dia cenderung untuk simpan/tahan semua barang-barang yang ada contact dengan her late-husband. Ini termasuk plastik keropok yang husband dia buang di sampah, baki minuman and etc. Sifat mengumpul dia lama-lama jadi extreme sampai semua jenis barangan pun dia perap di rumah dan akhirnya menyebabkan dia kena serangan asma.

Dalam kes hoarding yang teruk, si pengumpul tidak sedar pun bahawa kucing peliharaannya telah mati di antara timbunan sampah sarap di dalam rumahnya. Dalam kes yang lebih parah dan ekstreme, pengumpul langsung tidak sedar bahawa seseorang telah pun meninggal dunia di bawah timbunan sampah sarapnya, dan mayatnya hanya ditemui beberapa minggu kemudian setelah jirannya melaporkan kehadiran bau bangkai yang tidak menyenangkan.

Sekiranya laporan daripada jiran tetangga terlalu serius sehingga mendapat perhatian daripada pihak kerajaan, kerajaan boleh memberikan amaran dan arahan kepada si pengumpul untuk membersihkan kawasan dan juga dalam rumahnya dalam kadar yang segera. Sekiranya gagal, rumah si pengumpul boleh dirampas oleh kerajaan. Kes-kes ini wujud di USA, namun nama-nama mangsa dan pengumpul tidak didedahkan di internet bagi menjaga kebajikan keluarga pengumpul tersebut.

Kalau kamu melanggan kabel TV Astro, maka bolehlah kamu menonton rancangan Hoarders, di saluran Bio pada setiap hari Khamis jam 10pm. Wah!!! Hari ni main pula!!!! Alaaa!! Mau tengok Ghostlab juga... huhu~!

Eh... eh... ok. Sekian laporan bebelan untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca!! Btw sy sengaja tidak post title ni dalam English, sebab berlambak daa isu Hoarding di internet dalam bahasa Inggeris. So, kalau rasa tidak puas hati dengan post ni pandai-pandailah kamu search sendiri aa. Daa~

Comments

Cynta said…
why not try applying for KPLI? manalah tau dapat ;-)
ONN said…
Lama lagi baru buka pendaftaran tu Cynta...