Cerita interbiu yg agak kurang sopan...

Pagi tadi saya pegi lagi satu interbiu. Saya tidak berapa serius dalam pemilihan career time memilih tu sebab saya mau kutip pengalaman interbiu di various companies. Anyway, tempohari saya aplai jawatan Eksekutif Kewangan di AmAssurance, dengan kelayakan minimum diploma. Gladly saya kena panggil untuk sesi interbiu!

So sebagai seorang calun interbiu, sehari sebelum interbiu tu sy pun buatlah home work dengan buat research pasal AmAssurance ni. Tepayah banyak taip, kompeni ni secara kasarnya ialah kompeni insuran. So setelah sedia maklum ini kompeni insuran, saya pun tidaklah expect kerja goyang kaki. Yang penting gaji basic tu ada, dan kalau boleh saya mau paling kurang pun RM 1K sebab saya kan penghutang ptptn.


Iklan dia mentioned bahawasanya gaji: 1000 - 2000 untuk post Financial exec. Bila saya nampak ayat camni, ofkos dalam kepala saya, "wah! boleh tahan basic!". Demikianlah juga tindakan refleks yang tiba2 meng-click 'Apply'.

Saya diminta untuk datang sebelum jam 9.30am. Since salah satu best quality sy ialah PUNCTUAL, maka saya pun datanglah sebelum jam 9 dan naik bangunan AmAssurance tu dalam jam 9.15 selepas puas lepak di gerai mamak sambil membaca Utusan Borneo. Sampai saja di tkt 3, saya nampak ada beberapa org lagi sana, dalam 5 org gitu la. Saya agak dorang pun datang untuk interbiu la.

Tekaan saya betul selepas kami ber-5 dipanggil masuk ke Training Room 1, pada jam 10am. Selepas kami semua dijemput duduk, maka kami pun diberitahu bahawa kami bakal melalui 2 interviews dan 1 briefing untuk hari ini. Dengan penuh kesabaran dicampur kebimbangan, kami pun memulakan sesi ice-breaking dan seterusnya diberi sedikit penerangan berkenaan dengan jawatan yang kami pohon. Daripada pemahaman saya, org tu cakap kami perlu cari klien untuk dapatkan gaji. So, persoalan utamanya..... "basic income teda kah enchek?"

Penting persoalan ni diutarakan, sebab saya cari kerja bukan setakat untuk timba pengalaman. Saya pun mau bayar hutang dengan kerajaan juga kan? Dengan sedihnya saya terpaksa terima hakikat selepas org tu cakap, "Biasanya basic tu tiada. Tapi kamu boleh juga minta basic, tapi kena ada target customer number lah". Masalahnya enchek, kalau kami menjual barang kali senang juga cari customer. Tapi berapa org yang betul2 mau beli insuran sebagai "produk"?

Kalau saya setakat lepasan form 5 yang tidak berhutang dan memang intended mau cari pengalaman bekerja kali boleh juga teruskan... tapi.. MINTA MAAF!!!

Sejurus itu, hatiku pun menolog, "Nampaknya kes Kompeni T berulang lagi. Tepah, dengar briefing enda mati juga. Malahan dapat input lg, so bertahanlah.... tapi kalau buli keluar awalkan bagus. Boleh jua sy urus certain benda... bla bla..."

Tiba2, miracle berlaku! Berlaku mcm mana? Tiba2 ada salah satu calon angkat tangan dan tanya soalan cepu cemas semasa sesi Q&A terakhir. "Kalau kami tidak berminat, boleh kami keluar sekarang?"

Ambek kauu!! Ada ko berani cakap begitu time interbiu?? Memang shocking-shocking juga my heart dengar soalan beliau, tapi dalam hati, saya cukup berterima kasih kerna Tuhan menciptakan insan yang berani macam tu! Wa tabik spring la sama lu Kakak Beaufort!!

Disebabkan kami ber-5 keluar sejurus selepas kami diizinkan keluar, maka bubarlah keseluruhan sesi interbiu AmAssurance untuk hari ini. Kesian juga dorang sebenarnya, tapi dalam situasi gini saya kena prioritize keperluan saya dulu. Dalam situasi sekarang, saya lagi sanggup aplai post Clerical Work walaupun basic yang ditawarkan hanya dalam 500 - 800. Yang penting basic ada dan saya boleh start bayar ptptn sy.

Tapi saya sebenarnya tidak puas hati. Napa dorang kasi iklan post tu dengan memancing orang menggunakan anggaran gaji pada ruangan gaji? At least kalau dia taruk sana "Nego" org faham jua kan?

Comments

Angelina said…
Woohh!! Tabik spring sama kakak Beaufort! Beraninya dia.

Xpa. Mungkin ada opportunity yang lebih baik di tempat lain. I've been jobless for about 5 months. Stress juga but trying my best everyday :)
ONN said…
Brani kan?!
Iya ba.. ni la ni skg main2 datang interbiu. Xmo pilih suda post yg penting ada keja.
All the best to us in trying our best everyday!! Cheers~

:)
Unknown said…
wow beraninya dia..
aku pn pnah pegi jgk intrview AmAssurance ni..
dah dapat trus aku tolak..
kawan ku pn dapat tp x sampai sminggu dia keja trus berenti..
hehe..

skrg ni susa cari keja, so terima jak apa yang ada..
sapa tau esok lusa nasib kita baik.. =)
ONN said…
Anne Nurain, betul tu. Bukan senang... heheh... kadang org kita ni, cari keja punya pasal sampai jadi mangsa majikan pun ada. Kesian kan dorg?
Unknown said…
Mantop cerita ni, ehe.. d(^^,)

Aku pun jobless juga ni n yang paling bikin malas masa jobless ni ialah bayar hutang PTPTN.. Kalau setakat bil tenet tu, ok lah lagi.. Muahua3!

Sekarang rancang mau mula bisnes kecil2an.. Kurang2, ada juga kerja yang mau dibuat. Xdapat kerja, bikinlah kerja.. Muahua3! XD
ONN said…
@Samizul, ya ba kan! Bil brodben tu lg penting on time!! Sama la kita.. chantek!! Hahaha.. good luck sama business ko!