Dengki @ jeles @ cemburu...

Apa beza DENGKI, JELES & CEMBURU? Ini bergantung kepada pengertian dan pemahaman diri kita masing-masing. Ada orang cakap jeles dan cemburu tu sama tapi tidak serupa dengan dengki. Ada orang cakap pula dengki itu jauh lebih jahat daripada jeles dan cemburu, dan kesemua perasaan ini tidak patut ada pada mana-mana insan.

Pada saya dengki, jeles dan cemburu ini membawa makna yang sama kerana ketiga-tiga perasaan ini membawa maksud iri hati terhadap orang lain. Yang membezakan ketiga-tiga perkataan ini ialah norma penggunaannya didalam ayat yang mengungkap situasi-situasi yang berbeza.

Contoh 1: Abu dengki terhadap kejayaan perniagaan Ali.
Contoh 2: Abu jeles dengan gfnya yang sedang mesra berbual dengan temannya.
Contoh 3: Si suami cemburu tatkala mengetahui perilaku si isteri yang curang terhadapnya.

Apa pun yang diperkatakan orang mengenai 3 jenis perasaan ini, tidak dapat dinafikan bahawa umat manusia seperti kita sememangnya tidak sesempurna Tuhan, kerana pasti wujud suatu ketika di mana kita akan merasa iri hati terhadap orang lain. Orang kaya pun boleh merasa jeles dengan orang biasa yang mendapat lebih curahan kasih sayang berbanding diri mereka sendiri yang sering ditinggalkan parents/kawan/pasangan.

Yang membezakan baik buruk perasaan ini ialah cara kita bertindak mengendalikan perasaan tersebut. Di sini saya beri satu situasi di mana jiran si Ali merupakan seorang penternak dan peniaga ikan kolam yang berjaya. Si Abu pula tinggal bersebelahan dengan Ali dan merasa dengki dengan kejayaan si Ali.

Tindakan 1: Abu menuba kolam si Ali ketika Ali tidak ada di rumah.
Tindakan 2: Abu juga membuka bisnes yang sama dengan harapan dapat memintas kejayaan Ali.

Ingin diingatkan di sini bahawa memintas kejayaan orang dengan menjadikan diri sendiri lebih berjaya juga bergantung kepada situasi dan tidak selalunya baik. Kalau si Abu tuba kolam si Ali supaya bisnesnya maju pun bukan satu tindakan yang baikkan? Tapi sekurang-kurangnya inisiatif untuk bersaing itu ada walaupun tindakannya SILAP sama sekali!



My point is, sikap saling bersaing secara sihat itu adalah sikap yang baik dan menguntungkan mana-mana pihak walaupun ia seringkali terlahir daripada sifat dengki, jeles dan cemburu. Sekiranya kita saling bersaing, dengan sendirinya taraf hidup luaran dan dalaman akan naik dan menuju ke arah yang lebih baik.

PS: Kepada para-para manusia bebal di luar sana yang selalu sabotaj usaha orang lain tanpa membina platform sendiri. Sila majukan daya pemikiran anda sebab kita kini berada di era pembangunan dan ekonomi. Kalau kita saling potong line orang hanya kerana dengki tetapi TIDAK berusaha untuk diri sendiri, sampai bila-bila kita jadi orang kampung!

Comments