Kepada para pembenci RAFIQIN DARWISY.

Saya tidak mau fully recap apa yang Rafiqin Darwisy sudah buat. Banyak sudah post yang menindas Rafiqin so cukup2lah tanggungan emosi Rafiqin. Bagi sesiapa yg tidak tahu pasal kes Rafiqin Darwisy, dia pernah mengutuk arwah Din Beramboi diselit dengan penghinaan ke atas agama Islam, dan juga mengaku diri sebagai orang "khadazan" dalam cubaan menutup kesalahannya. Kalau kamu mau juga flow cerita ni, klik ja gambar2 kecil di bawah untuk tengok gambar besar. Gambar ni saya sudah susun ikut flow dari kiri ke kanan, so pandai2 lah.


Walaubagaimana pun, Rafiqin sudah minta maaf. Walaupun cara minta maaf dia tu bagi saya sedikit provokatif, tapi dari seorang budak berumur 14 tahun yang lancang mulut dalam mengutuk org sebelum berfikir, a simple apologizing statement sudah cukup memadai. Gambar di bawah ni ialah screen snap on post dia minta maaf yang saya ambil daripada link group di FB.

Based on statement Rafiqin di atas, walaupun Rafiqin sudah menyusun ayat dia cantik2 untuk minta maaf *sebenarnya banyak kali da budak ni minta maaf*, masih ramai lagi orang yang masih anti-Rafiqin, tidak kurang juga ramainya orang yang masih tidak berpuas hati dan mahu Rafiqin gubah statement maaf yang lebih berpatutan dsb. Saya expect orang2 yang kebal hati untuk tidak memaafkan Rafiqin di atas hal yang sebegini mesti dari kalangan "budak2" juga, yang kurang matang fikiran dan masih mahu mengutuk semula si Rafiqin seolah-olah mau budak dia terus lenyap dari laman2 sosial di internet, especially seorang pengguna FB yang bernama Carmell Zeon. Siap tracking emel terbaru Rafiqin lagi. Adeh, banyak pula masa dia mau re-track emel orang kan... hehe.

Walaubagaimana pun, *actual BM k* dari sudut pandangan saya, pohon maaf yang diutarakan oleh Rafiqin sudah cukup memadai walau pun ayat-ayat beliau mempunyai sedikit unsur povokatif. Ini kerana pohon maaf tersebut datang daripada seorang remaja yang baru merumur 14 tahun dan juga pernah mengutarakan penghinaan yang jauh lebih menusuk kalbu ayatnya daripada pernyataan maafnya itu. Bukan itu sahaja, malah beliau juga telah meminta maaf lebih daripada 10 kali dan hingga kini masih lagi meminta maaf akibat daripada perbuatannya dahulu. Kalau saya, saya tidak mengharap sangat ayat yang berbunga atau yang bertafaf BM-A1 daripada Rafiqin kerana ayat begini *seperti dalam gambar besar di atas* sudah cukup untuk menggambarkan bertapa malu dan "kecut"nya Rafiqin di atas perbuatannya sehingga memaksa beliau untuk menutup akaun FB dan juga menukar identiti cybernya.

Kita sebagai insan yang lebih matang dan terpelajar sesungguhnya harus memaafkan Rafiqin dan tidak terus menerus membenci dan mengutuknya, kerana bagi saya orang-orang yang membalas kutukan Rafiqin dengan memberikan panggilan2 yang melampau seperti babi, syaitan, iblis, kerbau, anjing sehingga berhasrat untuk merejam, memukul dsb; tidak kurang sama jahatnya dengan Rafiqin sendiri. Malah pengutuk dan pembenci ini lagi teruk kerana jika dibandingkan dengan Rafiqin, dia sudah pun menanggung malu, hinaan, kutukan, tohmahan malah menerima ugutan bunuh dan sudah berkali-kali meminta maaf bukan saja di profile FBnya sendiri, malahan di FB Afdlin Shauki dan juga di beberapa online open conference, sedangkan si pengutuk dan pembenci tidak putus-putus mengutuk, membenci, dan yang LAGI TERUK tidak sedikitpun berasa kesal dan terdetik untuk meminta maaf daripada Rafiqin.

Jadi, apa perbezaan perangai Rafiqin, perompak rumah arwah Din Beramboi dan pembenci serta pengutuk Rafiqin? Jawapannya, TIDAK ADA PERBEZAAN!! Sama-sama jahat, kurang ajar, naive dan kurang matang dalam menilai salah silap orang. Rafiqin mungkin berlabel 'penjahat' sekarang, tapi disebabkan kesilapan yang telah dia lakukan, dia mungkin akan berubah menjadi orang yang lebih berwaspada dan sopan dan jika diizinkan Tuhan, berkemungkinan Rafiqin akan menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan. Macam mana pula dengan pengutuk Rafiqin? Hahaha... Fikir sendiri la K...

PS: Saya bukan menyebelahi Rafiqin dalam post ni, saya just kesal di atas reaksi2 pengutuk yang membalas kutukan Rafiqin jauh lebih teruk daripada hinaan Rafiqin sendiri.
PPSS: Din Beramboi, may your soul rest in peace....

Comments

Rungitom said…
This I don't see, good thing the kid learned his lesson for now. Cukup cukuplah apa yang berlaku sekarang, harap tiada lagi jadi macam ni in the future
ONN said…
Asal nama negara majmuk, mmg ada saja kes begini. Kali kalau 1 bangsa ja suma teda hal kali... hehe..
LadyKath said…
Kesian tu budak.. tp sejak dua menjak ni, makin banyak perkara mcm ni berlaku.. laman2 sosial ni mcm sudah disalahgunakan.. huhu... apa2 pun, apa yg kita sudah mulakan, kita sendiri perlu tanggung.. (aduh.. sory, BM sa tunggang langgang ckit.. hihii...;p)
ONN said…
Tepa ba tu kath. Ming-inglish2 saja kita pass lagi... ngee~