Diet.... adaka cara yg proper?


Bila kita type ja diet di google search, macam2 tips yg kena bagi. Ada yg cakap banyakkan makan sayur, eksersais banyak, minum air banyak, kurangkan makan.... bla bla bla...

Banyak suda sy try (kecuali eksesais) tapi nda juga berkesan. Mungkin sebab disiplin diri ni kurang. Yala, bilang mo diet... siap tulis di kalendar lagi tu target berat dalam tempoh 2 minggu. Skali nda sampai 3 hari program berjalan. Lagi-lagila kalau kawan bawa outing dan makan di McD. Hancur rutin diet!!!



Sekarang org 'besar' ada fever baru di TV channel Hallmark, The Biggest Loser. Sy pun salah satu daripada peminat juga sebab sy excited tengok dorang hilang berat begitu drastik dalam masa 1 tahun. Bayangkan, 121 Kg boleh turun sampai 55Kg HANYA dalam masa 1 tahun!!Bagi sesiapa yg x tau rancangan The Biggest Loser tu apa, TBL ni ialah reality show macam Akademi Fantasia tapi untuk org gumuk. Hanya org yang betul2 perlu bantuan diterima sebagai peserta untuk show ni. Malaysia pun suda ada show ni dan sekarang masih dalam set pergambaran di Singapore kalau x silap. Dalam TBL, semua peserta gumuk kena train untuk eksesais dalam gym, luar gym dan diajar untuk memilih makanan yang betul tidak melebihi daripada nilai kalori yang ditetapkan. Kalau da masuk dalam show ni, peserta akan diasingkan mengikut 2 kumpulan (@ lebih) berlainan warna. Ala-ala rumah sukan gitu la. Lain team, lain trainer, so keputusan kehilangan berat pun lainla mengikut rutin trainer tu. Setiap team akan mengundi salah satu daripada ahli dorang keluar pada setiap hujung minggu. Untuk menentukan team mana yang harus undi ahli dorang keluar, ada cabaran di luar di antara 2 team. Team yg kalah terpaksa vote 1 ahli dorang out la. Rutin ni berterusan selama 3 bulan sampaila 3 peserta terakhir berjaya masuk ke penilaian terakhir. Penilaian terakhir pula dibuat 9 bulan kemudian dan pemenang keseluruhan ditentukan berdasarkan peratusan kehilangan berat badan yang paling banyak di antara 3 peserta terakhir tadi. Ada juga pemilihan pemenang di kalangan peserta2 yang tersingkir oleh undian. Penilaian dorang pun berdasarkan peratusan kehilangan berat badan yang terbesar tp of cos hadiah pemenang tu nda sama mcm hadiah pemenang keseluruhan.

Ni gambar2 pemenang yang saya suka... :)




Show ni macam gila sikit la cos tidak ada slow start untuk semua peserta, tiada timbang rasa. Hari pertama dorang masuk gym, training terus start macam gila! Ada protes di kalangan org-org yg slim bahawa eksesais keterlaluan macam dalam show tu melampau dan tidak sihat untuk badan. Ada kebenarannya juga. Bayangkanlah, dalam masa 3 hari pertama peserta gumuk dalam gym, dorang suma kena train sampai muntah2. Pastu trainer tu cakap dorang tu muntah toksik dari dalam badan. Tapi susah juga mo cakap melampau dan tidak patut sebab itulah nama dia akademi org gumuk! Yala, macam akademi askar juga. Manada slow start untuk latihan akademi kan? Terus start macam gila!

Sy mengikuti show ni sebanyak 3 season suda dan memang 3 minggu pertama tu minggu stress la sebab mood semua peserta tu x menentu disebabkan oleh penyesuaian badan dorang dengan disiplin baru yang ketat tu. Siap ada CCTV lagi di dapur tu kalau ada org curi2 masak tengah malam! Pastu ada lagi trainer yg pasang benda alah macam jam di tangan team dorang. Benda tu ialah pengesan kadar degupan jantung dan trainer boleh akses maklumat pemakai benda tu melalui internet untuk memastikan samada team dia ada eksesais @ tidak time trainer tu xda di gym. Ada yang sampai maki hamun trainer, bergaduh dengan team mate suma. Selepas 3 minggu tu ok sikit. Mungkin sebab dorang suda biasa kot.

Macamana pun, selepas tengok keadaan peserta selepas pertandingan tu berakhir, sy jadi ragu2 sikit dengan lifestyle yang berubah dengan cara mendadak ni. Tidak sampai 3 bulan selepas TBL abis, ada di kalangan peserta dia yang naik balik berat badan. Tidak lah naik balik macam berat asal, tapi naik daripada berat time penilaian terakhir tu. Mungkin dorang rindu dengan lifestyle dorang yg dulu. Terus gain balik berat kan. Yala, bayangkan ko tahan nafas lama2 dalam air. Sampai satu masa ko terus naik pigi permukaan untuk bernafas balik. Sama juga macam rutin perserta TBL ni. Dorang bertungkus lumus diet + eksesais untuk menang, pastu last2 dorang kalah juga balik dengan nafsu dorang yg suda lama terkubur tu. Macam sia2 pula usaha dorang sebelum tu.

Ni, tengok balik gambar peserta TBL Eric. Ada tu gambar dia slim di atas tadi pakai t-shirt biru.



Sekarang, saya tertanya2... sebenarnya ada ka cure utk org gumuk mau jadi kurus dan terus kekal kurus tanpa pengaruh ubat-ubatan?? Mungkin ada juga kalau kuat disiplin. Efek dia lambat la tp berkesan untuk jangka sepanjang hayat... Saya ada beli buku pasal diet ni tp x bule lg baca sekarang sbb skrg time study. X dapat study kalau perut lapar!! Wuwuwu...

Comments